Slip gaji Online dan e Penyata gaji. Log Masuk

e Penyata gaji. log masuk merupakan sistem semak slip gaji online.

e Penyata gaji. log masuk perlu digunakan oleh semua penjawat awam di Malaysia.

Untuk memudahkan kerja para penjawat, Jabatan Akauntan Negara Malaysia atau JANM telah menubuhkan sistem ini. Sistem ini membolehkan mana-mana individu untuk menyemak slip gaji bulanan mereka tanpa berurusan dengan bank.

e penyata gaji. log masuk ini bukan sahaja lebih efisyen, malah ia juga lebih kos efektif kerana ia tidak menggunakan kertas.

Bagi memulakan proses penyemakan slip gaji, langkah-langkah berikut boleh dilaksanakan.

 

LOGIN e-PENYATA GAJI:

Masuk laman web yang betul. https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx

Semasa memasuki laman web berikut anda dikehendaki untuk mengisi soal selidik (bukan compulsory). Selepas anda login buat kali seterusnya, bolehlah anda isi untuk memudahkan penyelarasan sistem.

 

Paparan yang sepatutnya muncul adalah seperti berikut.

 

Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan/Pasport dan Kata Laluan.

Seterusnya, klik daftar masuk.

Anda kini boleh menyemak slip gaji bulanan anda.

 

DAFTAR e-PENYATA GAJI:

Bagi mereka yang MENDAFTAR BUAT KALI PERTAMA, sila klik pilihan ‘Pertama Kali Mendaftar’ dibawah butang daftar masuk.

Ini adalah skrin seterusnya. Sila masukkan butiran yang dikehendaki. Pastikan butiran yang dimasukkan adalah tepat, tanpa kesalahan ejaan. Anda perlu memasukkan butiran yang dibintangkan merah untuk meneruskan prosedur.

 

Setelah selesai mendaftar, kata laluan sementara akan dihantar ke nombor telefon dan e-mail yang dimasukkan.

Pastikan anda MENUKAR KATA LALUAN selepas login buat kali pertama untuk memastikan maklumat peribadi pengguna selamat.

 

TERLUPA KATA LALUAN:

Jika anda terlupa kata laluan, anda perlu memasuki pilihan ‘Kata Laluan’ disebelah pilihan ‘Pertama Kali Mendaftar’.

 

Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan/Pasport serta No. Gaji anda.

Kata laluan anda akan di set semula setelah melengkapkan semua prosedur yang diminta.

Untuk memastikan kata laluan sudah boleh digunakan, sila log masuk ke dalam portal tersebut sekali lagi.

 

 

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Para pendidik boleh menyemak jadual gaji guru menggunakan pautan berikut.

JADUAL GAJI GURU 2021

Leave a Comment