eOperasi KPM login Modul Pengurusan Guru

eOperasi KPM adalah sistem data online yang digunakan oleh para guru dan pentadbir.

eOperasi KPM ini merupakan salah satu modul dibawah Sistem Pengurusan Sekolah.

Tiga modul utama sistem ini termasuklah Modul Pengurusan Murid (APDM), Modul Pengurusan Sekolah (EMIS), dan eOperasi KPM iaitu Modul Pengurusan Guru.

Modul ini bertujuan untuk memudahkan kerja guru dari segi rekod dan kemaskini maklumat. Ia juga menyenangkan kerja penyelarasan dan akses bagi pentadbiran sistem pendidikan.

 

CARA LOGIN eOPERASI:

Sila layari laman web yang betul. https://eoperasi.moe.gov.my/

Paparan seterusnya adalah seperti berikut.

Di bahagian ‘LOG MASUK’, masukkan ID Pengguna, kata laluan serta No. Kad Pengenalan anda. Pastikan anda tidak melakukan apa-apa ralat (silap ejaan, huruf besar/huruf kecil, dsbg.)

 

Kemudian, klik butang login.

Lihat pilihan-pilihan yang diberikan. Gunakan fungsi-fungsi tersebut dengan betul agar tidak menyebabkan apa-apa komplikasi.

 

DAFTAR eOPERASI KPM:

Masuk laman web yang sama seperti diatas. Klik pilihan ‘Pendaftaran Pengguna’ dibawah butang ‘Login’.

Atau masuk link https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm

 

Kemudian, masukkan butiran yang diminta. Semua butir tersebut adalah mandatori.

Pastikan juga anda tidak silap ejaan. Seterusnya klik butang ‘SIMPAN”.

 

Cuba login sekali lagi di paparan utama laman web tersebut untuk memastikan anda boleh mengakses portal itu.

 

LUPA KATA LALUAN:

Jika anda terlupa kata laluan, sila layari laman web ini. https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm

 

Seterusnya, masukkan No. Kad Pengenalan anda. Masukkan kata laluan yang baru dan cuba log masuk sekali lagi di paparan utama.

 

TUKAR KATA LALUAN:

Untuk menukar kata laluan, sila masuk laman web berikut. https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sk_tukar_katalaluan.cfm

Kemudian, masukkan butiran yang diperlukan. Setelah selesai, klik butang ‘HANTAR’.

Cuba login sekali lagi dengan menggunakan kata laluan yang baharu.

 

Sila pastikan anda tidak melakukan apa-apa kesilapan semasa mengisi maklumat untuk mengelak daripada berlakunya ralat sistem.

 

 

 

 

 

 

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan Modul Pengurusan Murid, klik link berikut.

APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)

Leave a Comment