SPLKPM moe gov my merupakan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan.
SPLKPM moe gov my juga dikenali sebagai sistem guru online.
Sistem ini dahulunya dinamakan SPLGKPM, namun selepas penyelarasan dan kemaskini dijalankan, ia telah mendapatkan gelarannya kini.
Kegunaan sistem ini termasuklah untuk melihat pelaporan bilangan hari LADAP serta pelaporan markah CPD. Ia juga menyediakan kursus bagi para pendidik untuk menambah jam kredit mereka.
KURSUS SPLKPM ONLINE:
- Hemah Bicara Hemat Belanja
- Rumahku
- Kursus STEM
- EPSA
- WEBINAR
- Ulasan Buku (Book Review)
Untuk mengikuti kursus online ini, anda perlu melayari laman web SPLKPM KPM. Anda harus berhati-hati agar tidak menyebabkan ralat.
Contoh: “SPLKM online” dan bukannya “SPLKPM Online”
Berikut merupakan cara yang betul untuk melakukan SPLKPM login.
Login SPLKPM moe gov my / SPLG SPLKPM:
Layar laman web yang betul.
https://splkpm.moe.gov.my/mn_pengumuman/
Paparan skrin sepatutnya seperti berikut.
Scroll ke bawah. Klik Modul Individu SPL KPM atau masuk laman web https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/
Skrin seterusnya adalah seperti berikut. Masukkan No. Kad Pengenalan serta kata laluan. No. Kad Pengenalan tidak perlu disertakan dengan simbol (-) dan kata laluan asal adalah empat digit terakhir No. Kad Pengenalan.
Bagi mereka yang LOGIN BUAT KALI PERTAMA, sila tukar kata laluan untuk memastikan keselamatan peribadi pengguna.
Seterusnya, lihat pilihan e-Pembelajaran.
Masukkan maklumat/kemaskini maklumat, kemudian hubungi admin SPLKPM untuk mendapatkan pengesahan.
CARA IKUTI KURSUS EPSA SPLKPM, TERIMA SIJIL:
- Masuk laman web seperti langkah-langkah diatas.
- Klik senarai kursus, kemudian masuk AKPK.
- Seterusnya, klik ‘Join Now’.
- Masukkan butiran yang diperlukan (e-mail, kata laluan, nama penuh).
- Tekan ‘Start Learning’.
- Masukkan kod HBKPM dan sertai.
- Masukkan maklumat yang diminta, kemudian ikut panduan yang disediakan untuk sah mengikuti kursus.
- Selepas tamat kursus, anda perlu menerima sijil SPLKPM EPSA online dan merekodkannya dalam Modul Individu (e-Pembelajaran).
CARA DAFTAR BOOK REVIEW SPLKPM / ULASAN BUKU SPLKPM:
- Login ke dalam laman web SPLKPM modul individu seperti biasa.
- Klik pada ‘Menu’>’Pembelajaran Kendiri’>’Senarai Pembelajaran Kendiri’.
- Kemudian, anda akan nampak dua pilihan iaitu ‘e-Pembelajaran’ dan ‘Pembacaan Buku’. Klik pada pilihan ‘Pembacaan Buku’ SPLKPM.
- Seterusnya, klik pada ‘Tambah Aktiviti’.
- Masukkan butiran yang diminta (bilangan muka surat, bahasa buku, dsbg).
- Klik pada ‘Borang Sinopsis Individu di Sekolah’ dan borang sinopsis buku SPLKPM akan dimuat turun dalam bentuk Word.
- Masukkan SPLKPM sinopsis buku yang sudah anda baca, print, kemudian hantar kepada pihak sekolah.
- Anda hanya perlu tunggu pembacaan buku SPLKPM itu disahkan oleh sistem.
LOGIN SPLKPM SU:
- Layari laman web SPLKPM yang betul dan klik pada pilihan modul penyelaras.
- http://splkpm.moe.gov.my/apps/index.cfm
- Masukkan kata laluan dan Nama Pengguna kemudian klik hantar.
- Anda telah berjaya log masuk SPLKPM Modul Penyelaras.
MAKLUMAT TAMBAHAN:
- Untuk mengikuti perkembangan semasa atau e SPLKPM pengumuman, anda boleh layari menu utama laman web splkpm.
- QR code boleh dihasilkan untuk memudahkan log masuk ke dalam sistem. SPLKPM QR code ini boleh didapati dalam laman web tersebut di bawah Modul Penyelaras>Kemaskini Maklumat LDP dan Senarai Peserta>Peserta>Tambah QR Code KPM.
- Setelah selesai melakukan perkara-perkara tersebut, jangan lupa mengisi Borang Keberhasilan dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Borang tersebut membawa sepuluh peratus markah anda.
Sekian, semoga perkongsian SPLKPM moe gov my ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.
Lihat juga PANDUAN MATA KREDIT GURU.