Kertas kerja minggu transisi tahun 1 2021 merupakan elemen penting bagi melancarkan proses pendaftaran dan transisi murid baharu.
Kertas kerja minggu transisi tahun 1 2021 ini dilengkapi dengan aktiviti yang merangkumi norma-norma baru.
Bagi tahun-tahun sebelumnya, kertas kerja untuk transisi tersebut adalah hampir sama. Aspek yang berbeza termasuklah tema dan aturcara.
Namun, disebabkan pandemik ini, norma baharu harus diterapkan oleh semua murid. Pihak yang bertanggungjawab dalam membantu mematuhi norma ini termasuklah para guru dan juga sekolah.
Semua norma baharu diatas perlu diterapkan dalam kertas kerja minggu transisi pelajar agar semua aktiviti yang telah disediakan akan berjalan dengan lancar SAMBIL MEMATUHI SOP.
Berikut merupakan kandungan kertas kerja tersebut.
- 1.0 PENGENALAN
- 2.0 TEMA PROGRAM
- 3.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 2021
- 4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
- SENARAI NAMA MURID TAHUN 1 SESI 2021
- RANCANGAN AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM TRANSISI & GURU PENYAYANG TAHUN 1 SESI 2021
- PENUTUP
Aktiviti yang dilaksanakan sepanjang minggu transisi tersebut akan menjadi persediaan bagi murid baharu untuk menghadapi perubahan pendidikan (samada mereka pelajar dari rumah atau Prasekolah).
Kertas kerja yang dibuat memastikan semua program yang akan berlangsung adalah adil bagi para murid dan tidak melebih-lebihkan pelajar dari latar belakang yang tertentu.
APAKAH MATLAMAT KERTAS KERJA TRANSISI TAHUN 1 2021?
- Pertama sekali, ia menyediakan garis panduan bagi para guru untuk membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran, cara pembelajaran, guru dan rakan baru mereka.
- Kedua, program yang dirancang dapat menarik minat murid untuk berseronok sambil belajar. Justeru, ia dapat mendorong murid untuk lebih bermotivasi belajar dan datang sekolah.
- Akhir sekali, kertas kerja tersebut mampu membimbing murid memasuki alam persekolahan sekolah rendah daripada tadika atau Prasekolah.
MUAT TURUN KERTAS KERJA MINGGU TRANSISI 2021 BAGI PELAJAR TAHUN 1:
https://anyflip.com/rzdsh/awlg
Sekian, semoga perkongsian kali ini bermanfaat dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan dan memerlukan.
Lihat juga PLaN bagi Sekolah Rendah (SK).