Buku pengurusan Kokurikulum 2021

Buku pengurusan Kokurikulum merangkumi semua aktiviti dan jawatankuasa Kokurikulum untuk tahun tersebut.

Buku pengurusan Kokurikulum ini dapat melancarkan program yang akan berlangsung sepanjang musim persekolahan.

Buku ini sudah mempunyai templatnya sendiri. Guru yang terlibat atau bertugas hanya perlu menulis nama mereka di ruangan yang diberikan. Guru-guru tersebut merupakan ahli jawatankuasa kokurikulum bagi tahun tersebut.

 

TEMPLAT BAGI JAWATANKUASA MAJLIS KOKURIKULUM SK… TAHUN 2021

 

TEMPLAT BAGI JAWATANKUASA BADAN BERUNIFORM

 

TEMPLAT JAWATANKUASA SUKAN DAN PERMAINAN

 

Initiatif buku ini adalah untuk memastikan semua program, mesyuarat serta aktiviti yang berkenaan dirancang terlebih dahulu. Hal ini dapat memastikan semua orang mempunyai tugas masing-masing dan boleh melaksanakannya dengan mudah berdasarkan kertas kerja yang telah disediakan.

Anda mugkin tertanya-tanya, mengapa perlu menggunakan buku pengurusan ini? Mengapa tidak rancang aktiviti tersebut apabila ianya berdekatan dengan tarikh ianya sepatutnya dilaksanakan?

Berikut merupakan antara kebaikan/objektif initiatif tersebut.

  • Ia dapat menyelaraskan semua aktiviti, latihan dan pertandingan (antara rumah/sekolah) agar bersesuaian dengan tarikh, waktu, serta tempat yang ditetapkan.
  • Memberikan takwim dan jadual aktiviti yang boleh dijadikan salah satu alternatif untuk membahagikan tugas kepada para guru ketika olahraga dan perlawanan.
  • Ia merekodkan pencapaian murid serta sekolah di ruangan Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum.

 

Justeru, ia dapat membantu mencapai objektif umum Kokurikulum iaitu:

  • Mencungkil dan mengembangkan bakat, kebolehan dan kemahiran pelajar dalam sukan, permainan, unit beruniform serta persatuan dan kelab.
  • Mengasah minat, hobi atau kegemaran pelajar secara terancang, berhalatuju, sistematik dan bermanfaat.
  • Membantu memastikan dan menaikkan imej sekolah di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan.
  • Membentuk murid yang berdisiplin dan mementingkan nilai kerjasama melalui aktiviti kokurikulum.

 

Untuk mendapatkan TEMPLAT BUKU RUJUKAN KOKURIKULUM 2021, sila klik link di bawah.

CURRICULUM REFERENCE BOOK (2021)

 

Sekian, semoga perkongsian kali ini dapat membantu para guru dalam merancang serta mengurus aktiviti kokurikulum bagi musim persekolahan yang akan datang.

 

 

Lihat juga kertas kerja bagi minggu transisi murid baru (TAHUN 1 2021).

KERTAS KERJA MINGGU TRANSISI

Leave a Comment