PLaN KPM Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah

PLaN KPM merupakan singkatan bagi Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah.

PLaN KPM ini telah digunakan bermula Mac 2020.

Program ini telah digunakan spesifiknya untuk menggantikan Program Saringan Literasi dan Numerasi atau LINUS2.0 serta peperiksaan akhir dan pertengahan tahun murid Tahun 1, 2 dan 3 yang telah dimansuhkan.

Hal ini adalah salah satu initiatif untuk memastikan pendidikan negara kita kekal setaraf dengan negara-negara maju.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan PLaN.

 

APAKAH OBJEKTIF PLaN?

Memastikan semua murid Tahun 2 dan 3 menguasai sekurang-kurangnya tahap penguasaan minimum (Tahap Penguasaan 3) (dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Tahap Penguasaan 3:

  • Kebolehan berkomunikasi
  • Keupayaan melahirkan idea melalui bahasa
  • Berketerampilan dalam berbahasa
  • Berupaya melakukan operasi asas matematik
  • Tahu dan faham asas matematik

 

Untuk mencapai objektif tersebut, sudah semestinya program tersebut memerlukan fokus aktiviti yang teratur dan teliti. Berikut merupakan antara FOKUS AKTIVITI tersebut.

Berdasarkan fokus-fokus tersebut, pihak yang terlibat termasuklah para guru, ibu bapa, murid serta pihak sekolah.

Bagi pihak sekolah, mereka bertanggungjawab dalam membuat ketetapan modul Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas bersesuaian dengan permintaan pendidikan. Dengan itu, berulah para guru dapat membuat RPT atau Rancangan Pengajaran Tahunan yang padat dan efisyen.

Akan tetapi, pengaruh yang paling besar tetap datang daripada ibu bapa dan komuniti kerana merekalah yang membentuk dan mendorong para murid dan anak-anak.

APAKAH PERANAN KOMUNITI DAN IBUBAPA/ PENJAGA?

  • Membantu dan membimbing anak-anak dalam aktiviti 3M (membaca, menulis, dan mengira).
  • Memberi dorongan dan pujian apabila anak-anak selesai menyaipkan latihan.
  • Menjadikan bahan bacaan lebih mudah diperoleh di rumah.
  • Menjadi suri teladan (Role model) dalam menghidupkan budaya membaca di rumah.

APAKAH PERANAN KOMUNITI DAN SWASTA DALAM PLaN?

  • Manjadi sukarelawan dalam aktiviti membaca, menulis dan mengira di sekolah.
  • Menyediakan ruang pembelajaran luar bilik darjah yang sesuai.
  • Menyumbang bahan bantu belajar yang menarik.
  • Menganjurkan program yang berimpak tinggi untuk peningkatan keupayaan murid dalam 3M (membaca, menulis, dan mengira).

 

Daripada usaha dan fokus aktiviti tersebut, sudah semestinya PLaN akan memberikan impak yang baik kepada pendidikan. Impak tersebut akan membantu dalam bukan sahaja membangunkan, tetapi juga menyedarkan generasi kini tentang kepentingan alterasi dalam pendidikan, khusunya PLaN KPM ini.

 

MUATTURUN MODUL PLaN:

 

 

Sekian, semoga perkongsian kali ini dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang terlibat.

 

 

 

Lihat juga perincian koleksi buku teks digital KPM.

DIGITAL KSSR SEMUA TAHUN

Leave a Comment