10 Senarai Alat Tulis Yang Diperlukan Sebelum Tiba Persekolahan

10 Senarai Alat Tulis Yang Diperlukan Sebelum Tiba Persekolahan.

Sesi persekolahan bagi sesi 2021 akan bermula tidak lama lagi. Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin, bahawa penggal persekolahan akan bermula pada 20 Januari 2021.  Beliau juga menyatakan bahawa  bagi sekolah menengah pula, murid Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta semua murid Kolej Vokasional akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh yang sama iaitu 20 Januari.

Namun, bagi murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3, mereka akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara home-based learning mengikut kesesuaian guru-guru dan murid. Justeru itu, ereka akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021.

Walaupun, semua murid tidak akan memulakan sesi persekolah secara serentak, persiapan persekolahan masih perlu disediakan. Antara persiapan persekolahan yang diperlukan adalah senarai alat tulis. Tambahan pula, guru-guru akan menyediakan lebih banyak lembaran kerja untuk dicetak dan difotokopi bagi anak-anak murid yang belajar secara “home based learning.”

Hari ini, kami akan kongsikan senarai alat tulis yang perlu dibeli sebelum kembali sekolah. Namun begitu, senarai ini tidaklah wajib dibeli. Senarai alat tulis ini hanyalah sebagai panduan dan bergantung kepada bajet, keperluan dan juga kemampuan ibu bapa sendiri.

 

Antara senarai alat tulis yang diperlukan oleh murid-murid adalah :

Senarai Alat Tulis : Beg Sekolah

1. Beg sandang/Beg selimpang sekolah.

Terdapat banyak jenis beg sekolah pada masa kini. Pelbagai fesyen dan reka bentuk boleh didapatkan di kedai-kedai dan juga pasaran e-commerce seperti Lazada dan Shopee. Namun, ibu bapa digalakkan membeli beg sekolah yang bersesuaian dengan saiz buku anak-anak dan mengikut kemampuan ibu bapa sahaja.

Senarai Alat Tulis : Buku Latihan

2. Buku Latihan

Seterusnya adalah buku latihan satu garis dan beli yang tebal. Kebiasaanya setiap sekolah akan menyediakan keperluan buku latihan ini. Ibu bapa tinggal perlu membayarnya dan mengambil buku latihan di koperasi sekolah.

3. Bekas pensel / kotak pensel

Selain itu, bekas pensel juga antara peralatan penting yang anak-anak perlu ada. Bekas ini didatangi dengan pelbagai saiz iaitu besar, sederhana dan kecil. Jadi, ibu bapa perlulah memilih saiz kotak pensel yang bersesuaian dengan keperluan anak-anak. Bagi anak-anak yang bersekolah menengah pastinya keperluan alatan menulis lebih banyak berbanding anak-anak disekolah rendah, maka ibu bapa bolehlah memilih kotak pensel bersaiz besar atau sederhana.

Senarai Alat Tulis : Pen

4. Pen Hitam, Biru, Merah

Ini juga antara peralatan yang diperlukan oleh anak-anak iaitu koleksi pen hitam, biru dan merah. Namun, ada sesetengah sekolah rendah yang masih lagi mengamalkan penggunaan pen jadi ibu bapa perlu memastikan untuk bertanya dengan guru tentang keperluan pen ini agar dapat mengelakkan pembaziran.

Senarai Alat Tulis : Pensel Kayu

5. Pensel kayu ( 2B )

Selain itu, pensel kayu bersaiz 2B juga amat penting. Ini kerana dalam sesi persekolah pensel kayu banyak digunakan ketika sesi pembelajaran Matematik dan Seni Lukis. Selain itu, sekiranya anak-anak menggunakan pensel kayu, ianya juga dapat mengurangkan potensi membuat kesalah ketika menyiapkan latihan tugasan yang diberikan oleh guru.

6.  Kertas Kajang

Kertas Kajang dan kertas A4 juga antara alatan yang diperlukan oleh murid sekolah. Bagi menghadapi peperiksaan tahunan, guru-guru akan melatih anak-anak murid untuk menjawab peperiksaan besar menggunakan kertas kajang atau A4. Dengan ini anak-anak akan lebih terbiasa dan dapat menebak berapa kertas dan berapa perkataan yang perlu mereka tulis mengikut soalan peperiksaan yang disediakan.

Senarai : Gam dan Gunting

7. Gam dan Gunting

Akhir sekali adalah alatan gam dan gunting. Tahukah anda? Bahawa disekolah 80% anak-anak disekolah pastinya akan meminjam gunting dan gam dari raka-rakan mereka yang lain. Alasannya adalah mereka sering terlupa ataupun hilang. Maka, ibu bapa haruslah menyediakan gam dan gunting secukupnya untuk anak-anak agar mereka tidak saling meminjam dan memudahkan proses pdp para guru. Sebaiknya setiap alatan persekolahan hendaklah dilabel nama anak-anak agar tidak hilang.

Kesimpulannya, ini adalah antara peralatan yang wajib ada dalam simpanan anak-anak bagi memulakan sesi persekolahan yang baru. Dengan adanya alatan baru, semangat mereka untuk memulakan persekolah juga akan berkobar-kobar. Namun, ini hanyalah sebagai panduan semata-mata sahaja.

Leave a Comment