Panduan SSQS adalah panduan mengakses sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah seluruh Malaysia.
Panduan SSQS memudahkan urusan para guru, murid dan pentadbir untuk mengakses portal.
Smart School Qualification Standards ini merupakan portal online yang digunakan untuk menilai amalan baik di sekolah yang berkenaan. Untuk mendapatkan maklumbalas, kemudahan ICT perlu digunakan. Ini memudahkan naiktaraf pendidikan serta penyelarasan sistem.
SSQS ini mempunyai sistemnya yang tersendiri. Berikut merupakan responden yang diperlukan untuk melengkapkan maklumbalas ini.
- 1 ORANG PENTADBIR
- 1 ORANG KOORDINATOR
- 30 ORANG GURU
- 30 ORANG MURID
BAGI SEKOLAH SKM (KURANG 150 ORANG MURID):
- 1 ORANG PENTADBIR
- 1 GURU PENYELARAS ICT
- 6 ORANG GURU (SEORANG SATU SUBJEK)
- 6 ORANG MURID (SEORANG SATU SUBJEK)
LOGIN SSQS:
Pertama sekali, anda perlu melayari laman web yang betul.
Paparan seterusnya adalah seperti berikut.
Kemudian, pilih negeri penempatan anda.
Pastikan anda klik pada pilihan ‘LOG MASUK ADMIN’.
Setelah anda klik pada pilihan tersebut, paparan anda sepatutnya seperti berikut.
Untuk log masuk, anda perlu klik pada anak panah hijau sebelah pilihan anda. Guru ICT perlu log masuk menerusi pilihan ‘SEKOLAH’.
Masukkan Kod Sekolah serta Kata Laluan anda. Kata Laluan asal adalah nombor 123. Sila pastikan anda menukar kata laluan untuk memastikan keselamatan pengguna.
MENGIKUTI MAKLUMBALAS:
Ikuti langkah yang telah diberikan untuk log masuk sistem sehingga anda mencapai paparan berikut.
Klik pada mana-mana pilihan berikut;
CONTOH: Jika anda merupakan guru, klik pada pilihan ‘4 GURU’.
Seterusnya, anda akan diminta untuk memasukkan token yang diberikan. Setelah anda selesai memasukkan butiran tersebut, sila ikuti panduan yang diberikan dalam laman web tersebut.
Jika terdapat apa-apa kesulitan, sila hubungi PKN anda untuk mendapatkan rujukan serta penyelesaian lanjut.
Sekian, semoga artikel ini dapat membantu para pengguna SSQS.
Lihat juga langkah untuk login SPLKPM melalui laman web berikut.