Penanda Wacana Bahasa Melayu SPM

Penanda wacana adalah rangkaian perkataan.

Penanda wacana berfungsi untuk menyambung atau merangkai ayat untuk menerangkan sesuatu informasi.

Hal ini mempunyai sistemnya yang tersendiri, dimana ia mampu melengkapkan idea yang ingin disampaikan oleh penyampai.

Kegunaannya, sama ada dalam penulisan ataupun secara verbal akan mempengaruhi keseluruhan wacana tersebut. Jika ia digunakan dengan betul dan tepat, maka KEUTUHAN WACANA yang baik akan tercapai.

 

Penanda ini boleh digunakan untuk banyak fungsi dalam pelbagai situasi. Fungsi tersebut termasuklah penambahan, perbandingan atau perbezaan, turutan, contoh, masa, kesimpulan serta penanda umum.

Berikut merupakan contoh penanda wacana (P.W) dan cara untuk menggunakannya.

 

CONTOH PENANDA WACANA DARIPADA BUKU

 

P.W untuk menambah/menghuraikan isi:

  • …dan…
  • Bertitik tolak daripada hal ini…
  • Tambahan pula…
  • Lebih-lebih lagi…
  • Selain itu…
  • Di samping itu…
  • Seperkara lagi…
  • Sementelahan…
  • Sehubungan dengan itu…
  • Lanjutan daripada itu…
  • Bukan sahaja itu malah…
  • Seterusnya…
  • Begitu juga dengan…
  • Selain daripada itu…
  • Bahkan juga…

CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT:

Antara faktor tersebarnya wabak COVID-19 termasuklah kontak rapat antara para pesakit. Selain itu,…

(Dalam konteks ini, P.W digunakan untuk menambah isi)

(P.W boleh digunakan untuk memulakan perenggan/ayat)

 

P.W untuk membandingkan isi:

  • Tetapi…
  • Dalam nada yang berbeza…
  • Walaupun…
  • Sehubungan dengan itu…
  • Sebagaimana…
  • Sebaliknya…
  • Jika dibandingkan dengan…
  • Sama dengan…
  • Berbeza dengan…
  • Selari dengan…
  • Walau bagaimanapun…
  • Setelah dibandingkan dengan…
  • Namun demikian…

CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT:

Dewasa ini, banyak norma baru yang muncul. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya,…

(P.W digunakan untuk membandingkan keadaan sebelum dan selepas)

(P.W kerap digunakan dalam esei yang memerlukan persamaan dan perbezaan sesuatu topik)

 

P.W menunjukkan urutan isi:

  • Pertama…
  • Akhirnya…
  • Selain itu…
  • Keduanya…
  • Seterusnya…
  • Pertama sekali…
  • Selepas itu…

CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT:

Pertama, saya akan membincangkan tentang langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mencegah jangkitan COVID-19.

(P.W digunakan sebagai pembuka isi baru, ia menunjukkan urutan isi tersebut disampaikan)

(Biasanya digunakan di permulaan perenggan/ayat)

 

P.W untuk memberikan contoh:

  • Contohnya…
  • Khususnya…
  • Sebagai contoh…
  • Seperti yang boleh kita lihat…
  • Misalnya…
  • Terutamanya…
  • Umpamanya…
  • Seperti…

CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT:

Ramai antara kita yang terdedah dengan virus ini. Contohnya, mereka yang mempunyai penyakit lain seperti kencing manis dan darah tinggi.

(P.W digunakan untuk memberikan contoh kepada kenyataan yang diberikan)

(Biasanya digunakan selepas isi dikemukakan untuk memberikan contoh yang relevan)

 

P.W untuk menunjukkan masa:

  • Akhirnya,,,
  • Pada masa yang sama…
  • Sesekali…
  • Dewasa ini…
  • Pada ketika itu…
  • Sebelum ini…
  • Selepas itu…
  • Pada mulanya…
  • Semenjak itu…
  • Sementara itu…
  • Serentak dengan…

CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT:

Kita harus sama-sama mencegah virus ini. Pada masa yang sama, kita perlu mematuhi SOP yang diberikan.

(P.W digunakan untuk menunjukkan perkara yang perlu dilakukan pada masa tersebut)

(Ia biasanya digunakan selepas isi dikemukakan, spesifiknya untuk mengemukakan idea tentang apa yang berlaku pada waktu tersebut)

 

P.W untuk menyimpulkan idea:

  • Oleh itu…
  • Kesimpulannya…
  • Jelaslah…
  • Mafhumnya…
  • Dapat disimpulkan bahawa…
  • Kesudahannya…
  • Sesungguhnya…
  • Pendek kata…
  • Oleh hal yang demikian…
  • Ringkasnya…
  • Sebagai rumusan…
  • Demikianlah…
  • Pada keseluruhannya…
  • Intihanya…
  • Dengan ini…
  • Natijahnya…
  • Akhirulkalam…
  • Tegasnya…

CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT:

Oleh itu, kita seharusnya mengikuti SOP yang diberikan. Tegasnya, pematuhan SOP memberikan kesan yang besar dalam mencegah virus ini.

(P.W digunakan bagi memberikan kesimpulan idea)

(Untuk mengakhiri/menyimpulkan sesuatu idea)

 

P.W digunakan secara umum:

  • Dengan ini…
  • Amnya…
  • Selaras dengan…

CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT:

Amnya, semua orang dikehendaki untuk memakai penutup muka.

(P.W digunakan untuk menerangkan/menyampaikan kenyataan umum)

 

PENTING!

Penanda wacana boleh digunakan bersesuaian dengan konteks perbicaraan atau esei. Sebagai contoh. penanda ‘Oleh itu’ boleh digunakan sebagai penyimpul kata ataupun pemberi contoh/kesudahan kepada sesuatu kenyataan.

Untuk mahir menggunakan penada ini, anda perlu sentiasa melakukan latihan yang sesuai.

 

Sekian, semoga artikel ini bermanfaat dan dapat membantu para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting mereka.

 

 

 

 

LIHAT JUGA JADUAL SPM 2020:

RASMI JADUAL SPM 2020

 

 

 

Leave a Comment