KOLEKSI Pelaporan PBD Templat KSSM Tingkatan 5 2021

Pelaporan PBD Templat KSSM Tingkatan 5 2021 kini boleh dirujuk.

Pelaporan PBD Templat KSSM Tingkatan 5 2021 boleh diakses secara dalam talian.

Pelaporan PBD Templat KSSM Tingkatan 5 2021 merupakan salah satu initiatif bagi memudahkan urusan para pendidik dan pihak berkenaan dalam mencatat pencapaian semasa pelajar.

Berikutan dengan keperluan pendidikan semasa, semua guru dikehendaki untuk mencatat perkembangan serta pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran yang diambil menggunakan templat khas Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Bagi pelajar sekolah menengah, khususnya mereka yang berada di Tingkatan 5, aspek ini adalah penting dalam menentukan keputusan akhir mereka.

Disini dikongsikan KOLEKSI TEMPLAT PELAPORAN PBD BAGI SEMUA SUBJEK TINGKATAN 5.

 

 

Komponen dalam templat pelaporan tersebut termasuklah..

 

PANDUAN

Panduan ini digunakan khas bagi menyelaraskan penilaian serta dijadikan sebagai rujukan para guru dalam mengisi pelaporan tersebut.

Berdasarkan panduan, terdapat beberapa aspek yang perlu ditekankan. Antaranya adalah penilaian dan pentaksiran tahap penguasaan pelajar haruslah dilakukan semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas.

Tahap penguasaan yang dicapai perlu dirujuk berdasarkan kelayakan yang disertakan (TP 1 hingga TP 6).

Data ini perlu direkodkan dalam templat bagi tujuan pelaporan pencapaian pelajar dalam sesi persekolahan tersebut (pencapaian akhir tahun / pencapaian pertengahan tahun dan sebagainya).

 

REKOD PRESTASI MURID

 

LAPORAN MURID (INDIVIDU)

 

DATA PENYERTAAN TAHAP PENGUASAAN

 

GRAF PELAPORAN

\

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

https://www.moe.gov.my/

 

Sekian, semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.

 

 

Lihat juga artikel PT3 DIBATALKAN TAHUN 2021.

Leave a Comment