Login dan Kemaskini PAJSK Online 2021

Login dan Kemaskini PAJSK Online 2021 kini boleh disemak.

Login dan Kemaskini PAJSK Online 2021 boleh dilakukan secara dalam talian menggunakan mana-mana peranti pintar.

Login dan Kemaskini PAJSK Online 2021 adalah penting bagi memastikan data murid dapat dirujuk dan tidak tercicir.

 

LOGIN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)

Pertama sekali, anda perlu layari laman web yang betul.

https://pajsk.moe.gov.my/index.php

 

Paparan seterusnya adalah seperti berikut.

Jika anda merupakan guru sekolah rendah, klik pada pilihan ‘SEKOLAH’ di bawah senarai pilihan ‘RENDAH’.

Jika anda merupakan guru sekolah menengah, sila klik pada bahagian ‘SEKOLAH’ di bawah senarai pilihan ‘MENENGAH’.

 

Anda akan dibawa ke paparan berikut.

Masukkan ID Kod Sekolah dan Kata Laluan anda. Seterusnya, klik pada pilihan ‘Masuk’.

 

Jika anda terlupa kata laluan, klik pada pilihan ‘Lupa Kata Laluan’. Masukkan maklumat yang diminta untuk mendapatkan kata laluan yang baru.

 

Setelah anda berjaya masuk dalam sistem, berikut merupakan antara langkah yang perlu diikuti bagi mengemaskini serta memasukkan data murid dan pelajar.

  • Klik pada mana-mana pilihan yang hendak dikemaskini atau disemak. Sebagai contoh, pilihan ‘PENTAKSIRAN KOKURIKULUM’.
  • Untuk mencari kelas murid, klik pada pilihan ‘CARI’. Masukkan kelas murid, kemudian lihat senarai nama yang dipaparkan.
  • Klik pada nama murid yang dikehendaki, kemudian pilih mana-mana bahagian yang hendak dikemaskini di bawah namanya. Untuk menambah data, klik pada ikon tambah.
  • Pilih atau tekan butang ‘Aktiviti’. Letakkan peringkat yang dicapai oleh murid tersebut.
  • Klik pada butang ‘Simpan’.

 

Sekian, semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.

 

 

Lihat juga PT3 PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA DIBATALKAN BAGI TAHUN 2021.

 

Leave a Comment