Kerajaan Luluskan Pengeluaran KWSP

Kerajaan Luluskan Pengeluaran KWSP

Kerajaan Luluskan Pengeluaran KWSP.

Keputusan kerajaan luluskan pengeluaran tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bergantung kepada dasar jangka masa pendek kerajaan sekarang.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Firdaos Rosli berkata, keputusan kerajaan hari ini akan meninggalkan kesan kepada dasar jangka panjang kerajaan yang akan datang.

Katanya, namun begitu dasar ini (kebenaran pengeluaran KWSP) adalah budi bicara kerajaan dan ia terpulang kepada kerajaan untuk menentukannya.

BACA JUGA : Bantuan tambahan e-Wallet RM150 setiap bulan

“Namun begitu, pendapat peribadi saya berbeza dengan ramai pakar ekonomi yang lain, ini kerana caruman KWSP bertujuan untuk membolehkan pencarum mempunyai simpanan hari tua berdasarkan kepada tahap produktiviti sepanjang tempoh umur pekerjaan seseorang pencarum.

Kerajaan Luluskan Pengeluaran KWSP.

“Justeru, pengeluaran caruman boleh diberi supaya pencarum boleh menabung lebih pada kemudian hari melalui peningkatan tahap pendidikan, peningkatan kemahiran ataupun harta serta aset yang lebih tinggi.

“Ini membolehkan pencarum menabung lebih selari dengan peningkatan produktiviti sekiranya kerajaan Luluskan Pengeluaran KWSP sekali lagi.

“Manakala, bantuan fiskal hanya perlu diberikan oleh pihak kerajaan melalui hasil cukai, bukan cukai ataupun hutang negara,”.

Ditanya apakah kebaikan jika kerajaan sekali lagi membenarkan pengeluaran KWSP, beliau tidak berpendapat bahawa ekonomi dunia akan berdepan dengan ancaman kemelesetan ekonomi secara mengejut.

Namun begitu, menurutnya, jika ekonomi negara diancam oleh kemelesetan ekonomi dunia, kerajaan harus memainkan peranan mereka untuk mengurangkan impak ini melalui hasil cukai atau bukan cukai, mahupun melalui hutang negara.

“Prestasi ekonomi kita masih stabil dan baik selagi tiada kejutan penawaran luar jangkaan

Kerajaan Luluskan Pengeluaran KWSP

“Mengenai kira-kira 6.1 juta pencarum yang mempunyai simpanan kurang RM10,000, selain pengeluaran KWSP antara langkah yang kerajaan boleh bantu mereka adalah dengan menggalakkan caruman secara sukarela (voluntary contribution) melalui insentif kewangan, contohnya bonus dividen.

“Kerajaan juga boleh memberi lebih banyak lagi peluang pekerjaan yang bergaji atau berteknologi tinggi supaya caruman KWSP lebih tinggi dan meningkatkan umur persaraan supaya pencarum dapat mencarum lebih lama,” katanya.

BACA JUGA : Tarikh Dan Jumlah Bayaran STR Fasa 2

Sementara itu, beliau berkata ekonomi negara dijangka berkembang dengan kadar yang terpantas di rantau Asean.

“Rakyat Malaysia masih berbelanja dan meminjam walaupun ada tekanan inflasi dunia dan tatkala kadar dasar semalaman (OPR) meningkat sebanyak 100 mata asas.

“Tahun ini, Bank Islam menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara akan berkembang sebanyak 4.5 peratus.

“Jangkaan kami juga selari dengan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia (ADB).

Kerajaan Luluskan Pengeluaran KWSP.

“Unjuran ini tidak mengambil kira kesan positif disebabkan oleh pembukaan ekonomi di negara China dan peningkatan harga minyak RON95 kerana dasar subsidi bersasar,” katanya.

Oleh itu, beliau berkata orang ramai yang masih berharap pengeluaran KWSP kerana risau dengan OPR akan naik tahun ini, bukanlah solusi terbaik untuk membantu peminjam yang berdepan kenaikan ansuran pinjaman mereka.

Sumber dan rujukan : Harian Metro / www.blogrojak.com

Segala panduan adalah diambil daripada sumber yang sahih sahaja. Harap info ini dapat membantu anda, Terima kasih.

 

Leave a Comment