Bantuan Kewangan RM800 Kini Diberikan Selama 4 Bulan – Semak Sekarang
Pada pembentangan Bajet 2023, kerajaan memperkenalkan inisiatif BMT atau dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh. Pelaksanaan program khas ini adalah bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas pada musim tengkujuh.
Baca lagi di : Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri Tahun 2024
Tujuan utama bantuan kewangan ini masih dilaksanakan untuk mengurangkan beban rakyat yang menjadi pekebun kecil/penoreh getah. Insentif khas ini dapat membantu mereka semasa musim tengkujuh biasa pada penghujung tahun.
JADUAL BAYARAN BMT RM800
Seperti yang sedia maklum, jadual pembayaran bantuan monsun telah pun diumumkan dan akan dikreditkan secara berperingkat bermula dari:
- November 2023: RM200
- Disember 2023: RM200
- Januari 2024: RM200
- Februari 2024: RM200
Semua pembayaran akan dibuat melalui Pemindahan Dana Elektronik (EFT) ke dalam akaun bank aktif yang telah didaftarkan kepada penerima semasa permohonan dibuat.
TARIKH PERMOHONAN
Untuk makluman, permohonan BMT tahun ini dibuka mulai 15 Jun sehingga 15 September 2023. Untuk semakan penuh bantuan khas ini, sila ke laman utama BMT RISDA – DI SINI
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN BMT
Berikut adalah beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan untuk program BMT 2023 seperti di bawah:
- Warganegara Malaysia sahaja
- Merupakan pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
- Mempunyai keluasan dari 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
- Setiap 1 lot hanya seorang pekebun kecil (Pemilik tanah menoreh)
- Pemilik sah tanah untuk pengusaha pemilik atau pengesahan pemilik tanah untuk penoreh bukan pemilik
- Mempunyai kad permit autogrit getah (PAT-G) yang masih aktif (Untuk penoreh bukan pemilik sahaja)