Kemasukan MRSM UKKM 2024 Semakan Tarikh, Format Soalan & Tempat Ujian

Kemasukan MRSM UKKM 2024 Semakan Tarikh, Format Soalan & Tempat Ujian

Kemasukan MRSM UKKM 2024 Kepada semua ibu bapa yang prihatin, kami ingin berkongsi makluman penting berkaitan dengan kemasukan MRSM UKKM bagi tahun 2024. Ia adalah suatu berita gembira yang perlu dibawa kepada perhatian semua ibu bapa yang berminat untuk memasukkan anak-anak mereka ke dalam Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Kami menyeru ibu bapa untuk memahami dengan teliti makluman baharu ini dan memberi sokongan kepada anak-anak dalam persediaan menghadapi ujian UKKM yang akan datang.

Kemasukan MRSM UKKM, MRSM atau Maktab Rendah Sains MARA adalah institusi pendidikan yang terkenal di Malaysia, yang menyediakan pendidikan berkualiti dalam bidang sains dan teknologi. Kehadiran MRSM memberikan peluang luar biasa kepada pelajar untuk meningkatkan potensi akademik dan intelektual mereka. Bagi memastikan hanya pelajar yang bersedia dan berkelayakan diterima, Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) telah diperkenalkan sebagai salah satu syarat utama untuk kemasukan ke dalam MRSM.

Baca lagi di : Bantuan Kewangan RM800 Kini Diberikan Selama 4 Bulan – Semak Sekarang

UKKM adalah ujian yang menguji pelajar dalam subjek-subjek seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, dan ujian keperibadian. Ia adalah satu langkah kritikal dalam proses pemilihan pelajar, terutamanya dengan pembatalan UPSR. Oleh itu, UKKM adalah pintu masuk kepada dunia peluang di MRSM.

Kemasukan MRSM UKKM 2024 Semakan Tarikh, Format Soalan & Tempat Ujian

Kemasukan MRSM UKKM

Pengenalan UKKM

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) adalah satu langkah penting dalam proses pemilihan pelajar untuk menyertai Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2023. Dengan pembatalan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), UKKM menjadi syarat kelayakan utama untuk pelajar yang ingin menyertai MRSM.

Secara umumnya, UKKM menguji pelajar dalam subjek Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris, selain dari ujian keperibadian. Bagi permohonan ke MRSM Program Ulul Albab, pelajar juga dikehendaki menjalani ujian hafazan sebagai syarat tambahan.

Penting: Lulus UKKM dan status sosioekonomi keluarga berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES) adalah faktor utama dalam penilaian dan pemilihan pelajar MRSM bagi sesi 2023.

Ibu Bapa Mohon untuk Cakna

Kami menggalakkan ibu bapa untuk rujuk maklumat lanjut yang sangat penting berkenaan kemasukan MRSM UKKM bagi tahun 2024. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah:

  • Semakan tarikh, masa, dan tempat ujian UKKM. Maklumat ini akan diumumkan secara dalam talian oleh MARA dalam masa terdekat. Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini.
  • Cara semakan status UKKM bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Langkah-langkahnya telah dinyatakan dalam makluman ini dan boleh dirujuk semasa memeriksa status permohonan.
  • Dokumen yang diperlukan semasa menghadiri ujian UKKM. Pastikan semua dokumen yang diperlukan seperti Surat Panggilan Menduduki UKKM, kad pengenalan, dan salinan-salinan dokumen lainnya disediakan dengan teliti.

Kemasukan MRSM UKKM, Kepada ibu bapa, sokongan dan bimbingan anda amatlah penting dalam perjalanan pendidikan anak-anak. Untuk itu, diminta ibu bapa teruskan bacaan dan rujuk info rasmi dibawah.

Info Lengkap UKKM MRSM

Semakan Tarikh, Masa & Tempat Ujian UKKM

Tarikh, masa, dan tempat ujian UKKM akan diumumkan oleh pihak MARA dalam masa terdekat, dijangka sekitar bulan November hingga Disember 2023. Semakan boleh dilakukan melalui Portal Rasmi MARA, dan calon akan menerima notifikasi melalui perkhidmatan SMS dan e-mel yang telah didaftarkan semasa permohonan.

Cara Semakan UKKM MRSM 2023

Untuk semakan status UKKM, berikut adalah langkah-langkahnya:

Bagi Tingkatan 1

  1. Layari laman web rasmi UKKM MRSM di pauta rasmi (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan).
  2. Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk.
  3. Status pendaftaran, butiran mengenai ujian, dan permohonan akan dipaparkan.

Bagi Tingkatan 4

  1. Layari laman web rasmi MRSM di sini (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan).
  2. Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk.
  3. Status pendaftaran, butiran mengenai ujian, dan permohonan akan dipaparkan.

Tarikh Ujian UKKM 2024

Tarikh ujian UKKM bagi sesi 2024 belum diumumkan. Namun, mengikut takwim tahun 2023, sesi ujian akan dilakukan dalam beberapa tempoh berikut:

  • Sesi 1: November dan Disember 2022
  • Sesi 2: Januari 2023
  • Sesi 3: Februari 2023

Dokumen yang Diperlukan Ketika Menghadiri Ujian

Calon dikehendaki membawa dokumen berikut ketika menghadiri ujian UKKM MRSM:

  • 2 salinan Surat Panggilan Menduduki UKKM atau ujian khas lain (bagi calon Program Ulul Albab, IGCSE, dan Teknikal).
  • Kad Pengenalan calon (MyKad / MyKid).
  • 1 salinan slip gaji ibu bapa / penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang disahkan (jika tiada slip gaji / bekerja sendiri / lain-lain).
  • 1 salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi subjek Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris yang disahkan.
  • Alat tulis (pensil 2B atau pensil BB), pemadam, dan pengasah pensil.
  • Kalkulator saintifik (bagi calon Tingkatan 4 dalam subjek Matematik).

Subjek UKKM yang Terlibat Dalam Ujian Tahun 2024

UKKM melibatkan subjek berikut:

  • Bahasa Melayu

Masa Menjawab : 30 minit

Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif

  • Matematik

Masa Menjawab : 35 minit
Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif & Subjektif

  • Sains

Masa Menjawab : 35 minit
Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif

  • Keperibadian (format soalan objektif)

Masa Menjawab : 30 minit
Jumlah Soalan : 80 Soalan Objektif

Maklumat Lanjut tentang MRSM

MRSM memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan negara. Untuk maklumat lanjut tentang UKKM MRSM, sila hubungi nombor telefon 03-2613 2000 atau rujuk laman web MARA untuk info terkini.

Soalan FAQs Berkenaan UKKM MRSM

Kemasukan MRSM UKKM

 

Leave a Comment