Wanita Muallaf Sabah Ini Meninggal Dunia Bersama Kandungan 5 Bulan~Bersyahadah Melalui Telefon Dengan PU Azman

Kisah Sedih Wanita Muallaf Sabah Meninggal Dunia Bersama Kandungan 5 Bulan~ PU Azman

Perkenalan yang tak bertemu hingga hujung waktu. Begitulah kata-kata PU Azman atau selalu dikenali dengan Cik Man tentang kisah sedih seorang wanita muallaf berasal Sabah ini.

 

PU Azman menceritakan tentang kisah sedih ini di akaun media sosial beliau. Pada 4 tahun lalu, ada seorang gadis Sabah memberi mesej kepada Cik Man untuk menyatakan keinginannya mahu masuk Islam. Disebabkan kejauhan, dia mengucapkan syahadah melalui panggilan telefon dengan Cik Man.

Bersyahadah

Tini namanya. Namanya selepas syahadah ialah Nur Zulaikha. Dari jauh, Cik Man mengikuti perkembangannya dan membantu tentang Islam. Dan Alhamdulillah, dia akhirnya bernikah.

Semalam, Tini memberi mesej kepada Cik Man. Tetapi rupanya bukan Tini, rupanya suami beliau yang memberitahu bahawa Tini sudah tidak ada lagi. Tini sudah meninggal dunia.

PU Azman

Meninggal Bersama Kandungan Pertama

Beliau berasa sedih, terkejut dan tidak dapat mengatakan apa-apa. Tini pergi ketika berusia 24 tahun bersama kandungan pertamanya lima bulan.

Suaminya Menangis, Cik Man Turut Mengalir Air Mata

Ketika suaminya menangis saat meluahkan, Cik Man juga tidak dapat menyeka airmata mengenangkan persahabatan jarak jauh tersebut. Cik Man juga berkata “Aku menyaksikan, Tini seorang wanita dan isteri yang solehah.” Beliau mendoakan agar roh beliau tenang di alam sana dan agar Allah memberi ganjaran ketabahan suaminya.

Dalam hidup ini, kadang terjadi perkenalan yang tak pernah bertemu hingga hujung waktu. Sememangnya Allah SWT jualah yang merancang pertemuan dan perpisahan manusia bagaimanapun caranya. Daripada Allah kita datang kepadaNya juga tempat kembali.

Sumber : Media Sosial PU Azman

Lihat juga pautan : Kronologi “Justice For Bella”, Rumah Bonda Kini Disita

Leave a Comment