Jika Wanita Pernah Berkahwin Lebih Daripada 1 Kali, Siapakah Suaminya Di Syurga?

Secara fitrahnya, semua orang mahu ber kahwin, mahu pasangan hidup yang ideal. Lelaki mahu beristeri dan wanita juga mahu bersuami. Itu fitrah azali dalamĀ  jiwa yang sudah ditetapkan Allah SWT untuk manusia. Namun, timbul persoalan, jika wanita pernah kahwin lebih daripada sekali, di alam abadi di syurga nanti, siapakah suami kepada wanita dunia yang memasuki syurga? Berdasarkan persoalan ini, Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan;

kahwin

Wanita Diberi Pilihan

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a yang bermaksud;

“Ada wanita daripada kalangan kami ber kahwin 2, 3 dan 4 kali. Kemudian dia (wanita) meninggal dunia serta dimasukkan ke dalam syurga dan yang masuk bersamanya adalah para suaminya. Siapakah (daripada kalangan suaminya) yang akan menjadi suaminya (di dalam syurga)? Maka Nabi s.a.w bersabda: “Wahai Ummu Salamah, dia (isteri) itu diberi pilihan maka dia akan memilih yang lebih baik akhlaknya.” [Riwayat al-Tabrani, Mu’jam al-Awsat (3141) & Mu’jam al-Akbar (870)]

Suami Terakhir Di Dunia

Antara kisah lain yang menceritakan tentang hal ini ialah kisah ketika Muawiyah Bin Abi Sufyan ingin meminang Ummu al-Darda selepas kewafatan suaminya, Abu al-Darda :

“Mana-mana wanita yang kematian suami dan dia bernikah lagi selepas daripada itu, maka suaminya di syurga adalah yang paling akhir dinikahinya.” [Riwayat alTabrani, Mu’jam al-Awsat (3130)]

Suami Yang Paling Baik Akhlaknya

Kisah ini berlaku kepada Ummu Habibah. Diriwayatkan oleh Anas Bin Malik r.a bahawa Ummu Habibah berkata :

“Wahai Rasulullah, sekiranya seorang wanita itu mempunyai 2 orang suami di dunia, iaitu suami yang di kahwin inya selepas per kahwin an yang pertama dan kesemua mereka itu memasuki syurga. Siapakah yang akan menjadi suaminya (di syurga nanti)? Nabi s.a.w menjawab : Suami yang akan bersamanya adalah yang paling baik akhlaknya.” [Riwayat al-Bazzar (6631)]

Jika suaminya semua sama dari sudut akhlak pula bagaimana?

Imam al-Suyuti cuba menghimpun semua riwayat tersebut dan menyatakan wanita itu akan bersama suaminya yang terakhir. [Jami’ al-Saghir, 262/1]

kahwin

Bagaimanapun, hadis-hadis di atas tidak terlepas daripada kritikan para ulama dan para tokoh hadis. Apa yang paling kuat dari sudut kesahihan adalah hadis tentang Ummu Darda tadi.

Tambahan pula, perkara ini termasuk perkara ghaib kerana melibatkan syurga. Oleh itu, sebaiknya diserahkan sahaja kepada Allah SWT.

Apa yang paling penting, kita berusaha dulu dengan sungguh-sungguh untuk jadi isteri/suami yang terbaik kepada pasangan kita di dunia. Dengan cara ini jugalah kita dapat masuk syurga. Apa yang berkaitan urusan di dalam syurga, serahkan sepenuhnya kepada Allah SWT.

Dan yang terlebih penting, banyakkanlah berdoa agar Allah SWT catatkan kita sebagai ahli syurga dan kumpulkan semula kita bersama pasangan hidup yang disayangi juga dihimpunkan di kalangan orang-orang soleh di syurga nanti. Aamiin.

Wallahu a’lam.

Sumber : Fatwa Mufti

Lihat Pautan Lain : Ini Sebab Kenapa Asiah Isteri Firavn Cuma D0a Minta 1 Rumah Sahaja Di Syurga

Leave a Comment