Wani Comel Dan Kawan Baik Pergi Pada Hari Sama Kerana Covid-19

Nurul Airawani Nazira Ibrahim, atau Wani Comel yang pernah tular sebelum ini kerana mengalami masalah berat badan disahkan mening gal dunia pada pukul 9 malam tadi akibat jang kitan Covid-19.

Kawan baik beliau yang bernama Putri Nur Rabiatul Nabihah juga mening gal dunia pada hari yang sama kira-kira pukul 4.40 pagi semalam akibat jang kitan yang sama.

Kisah sedih itu telah dikongsi di laman Instagram @wanicomel20, apabila ibu kepada Putri Nur Rabiatul memuat naik satu hantaran memaklumkan tentang perkara itu.

wani

“Saya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira @Wani Comel dah kembali ke rahmatullah pada jam 9 pm tarikh 18 Ogos 2021.

“Wani pergi di hari yang sama anak saya mening gal. Mereka berdua mening gal disahkan Covid-19. Allahuakbar Allahuakbar.

“Sayu hati saya dua insan yang saya sayangi telah pergi di hari yang sama. Saya mohon pada semua rakan-rakan sedekahkan AlFatihah untuk Wani Comel dan Putri Nur Rabiatul Nabihah,” tulisnya.

wani

Difahamkan beliau juga telah menerima vaksin lengkap kira-kira seminggu lalu.

Sebelum ini Kosmo melaporkan seorang gadis yang pernah tular sebelum ini kerana mengalami masalah berat badan mencecah hampir 300 kilogram (kg) tampil membuat pendedahan dan tuntutan terhadap seorang jutawan kosmetik atas tuduhan tera niaya dan dimanipulasi.

wani

Gadis itu, Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Wa ni Comel, 23, mendakwa dirinya seperti diti pu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.

Menurut beliau, dia telah didatangi seorang usahawan kosmetik sekitar Ogos tahun lalu untuk melantik dirinya sebagai duta sebuah produk pelangsingan badan tetapi perlu menjalani pembedahan pada bahagian perut terlebih dahulu.

Semoga Wani dan rakannya ditempatkan di kalangan orang beriman.

Sumber : [Kosmo]

Lihat Pautan : Menteri Kesihatan Dipecat

Leave a Comment