[VIDEO] Juruwang Dipukau, Wang RM1380 Dilarikan

Kejadian pukau bagi mendapatkan wang bukanlah sesuatu yang baru. Bagi mereka yang tidak peduli halal dan haram, semua cara sanggup dilakukan bagi mencapai matlamat. Terkini, tular sebuah video yang menunjukkan seorang juruwang di sebuah premis didakwa dipukau 2 individu.
Berikut merupakan video tersebut :
Menurut Metro, juruwang wanita tersebut bekerja di premis menjual makan dan minuman sejuk beku serta barangan runcit di Jalan Iskanda, Kampar. Beliau mendakwa dipukau oleh 2 individu yang melarikan wang tunai sebanyak RM 1,380 pada Khamis lepas.
Superintendan Hasron Nazri Hashim, Ketua Polis Darah Kampar berkata, dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.48 petang itu, wanita tersebut bertugas di kaunter bayaran sebelum didatangi dua suspek lelaki dan wanita dipercayai warga asing. Katanya, suspek tersebut membayar barang yang dibeli dan mahu menukar wang RM 100.

pukau

Melalui rakaman litar tertutup (CCTV) didapati suspek lelaki mengambil sendiri semua wang RM 50 dari mesin wang kaunter bayaran dan mengira di hadapan pekerja tersebut.

Pantas Melipat Duit Dengan Tangan Kiri

“Ketika mengira, suspek melipat wang di bahagian tangan kirinya dan memasukkan ke dalam poket seluarnya sebelum meletakkan kembali wang berkenaan di dalam mesin wang.

pukau

Suspek melakukan perkara sama sekali lagi sebelum beredar suspek mengambil wang RM100 dari mesin wang kaunter bayaran dan masukkan ke dalam poket seluarnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Hasron lagi, setelah beberapa orang pelanggan siap membayar, pekerja tersebut brasa pelik dan membuat kiraan semula wang dalam mesin berkenaan dan mendapati ia berkurangan. Pekerja tersebut kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pengurus kedai kerana mengesyaki dipukau suspek lelaki.
Anggaran kerugian adalah RM1,380 dan kes diklasifikasi mengikut Sek syen 380 Kanun Kesek saan.
Siasatan juga mendapati kejadian berlaku ketika juruwang tersebut seorang diri di kaunter pembayaran dan seorang lagi pekerja berada di stor.
CCTV sudah semakin menjadi keperluan pada masa kini terutamanya bagi mereka yang menjalankan perniagaan di premis-premis. Diharapkan pelaku tersebut berjaya dikesan dan mendapat tindakan sewajarnya.

Sumber : [Harian Metro]

Lihat Pautan : Sittah Annur, Ketua Ajaran PMYT Telah Ditahan

Leave a Comment