[VIDEO] Burj Khalifa Bertakbir | Cara Solat Aidiladha Bersendirian

Dalam usaha membendung penularan Covid19 bilangan jemaah bagi menunaikan solat di masjid juga dikurangkan. Begitu juga pada Hari Raya Korban pada tahun ini. Bagaimanapun, bagi yang tidak dapat ke masjid bolehlah solat sunat Aidiladha di rumah berjemaah bersama keluarga masing-masing. Bagi yang bersendirian pula, bagaimana tatacara solatnya?

Hukum solat hari raya adalah sunnah, segala rukun dan syaratnya sama seperti solat fardu kecuali ditambah jumlah takbir pada rakaat pertama dan kedua. Sunnah juga dilakukan di lapangan terbuka seperti yang pernah dilakukan oleh baginda Rasululah s.a.w setelah mandi, memakai pakaian yang paling bagus serta memakai wangian bagi lelaki.

Semasa hari raya aidilfitri kita disunnahkan makan sebelum ke masjid, berbeza dengan hari raya aidiladha, disunnahkan selepas pulang daripada melakukan solat barulah makan. Waktu solat pula eloklah dilakukan pada pagi hari. Adalah haram untuk berpuasa semasa hari raya bermula 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah.

Cara Solat Aidiladha Bersendirian

Rakaat Pertama

[1] Berniat

[2] Takbiratul ihram 1 kali

[3] Membaca doa iftitah

[4] Takbir 7 kali. Diselang seli dengan bacaan tasbih. (Subhaanallah, walhamdulillah, wa laa ilaaa illallah, wallahu akbar)

[5] Membaca surah al-fatihah dan surah lain (disunnahkan membaca surah al-a’laa)

[6] Meneruskan solat hingga selesai rakaat pertama

Rakaat Kedua

[1] Takbir intiqalat (takbir permulaan) 1 kali

[2] Takbir 5 kali. Diselang seli dengan bacaan tasbih seperti rakaat pertama.

[3] Membaca al-fatihah dan surah lain (disunnahkan membaca surah al-Ghaasyiah)

[4] Meneruskan solat hingga selesai rakaat kedua

[5] Memberi salam.

Adalah disunnahkan memperbanyak takbir, tahmid, tahlil sepanjang hari raya aidiladha.Disunnahkanjugabertakbir(Takbir Muqayyad) setiap kali selesai solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9Zulhijjah) hingga waktu asar pada hari ke 3 Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah.

Jika hendak membaca teks khutbah boleh memuat turun teks di laman web JAKIM. Jika tidak mahu pun tidak mengapa. Apa yang penting, di hari mulia ini kita memperbanyak mengingati Allah, memuji-muji kebesaranNya dan bermuhasabah diri. Semoga di Hari Raya Korban ini, segala sifat mazmumah kita terkorban sekali.

Video Burj Khalifa Bertakbir (Kredit : Fb Tuan Irfan Khairi)

Sumber : [FB JAKIM] [IRSYAD FATWA]

Pautan Lain : Baca Doa Ini Agar Urusan Mudah Dan Lancar

Leave a Comment