VAKSIN COVID-19 : Bekas Pesakit Tidak Perlu Tunggu 3 Bulan

Kes Covid walaupun telah dilaksanakan PKP 3.0 tidak menunjukkan sebarang tanda penurunan malah semakin menaik. Banyak laporan katil tidak mencukupi di hospital kerana terlalu sesak dengan pesakit Covid-19. Namun, ramai juga yang telah keluar dan bekas pesakit masih menunggu panggilan untuk divaksin. Terkini yang dilaporkan di Sinar Harian, bekas pesakit yang telah sembuh tidak perlu menunggu sehingga 3 bulan untuk divaksin.

[BACA : VARIAN LAMBDA DIBIMBANGI LEBIH MENULAR]

Bekas Pesakit Tidak Perlu Tunggu 3 Bulan

Individu yang telah pulih daripada jangkitan virus Covid-19 tidak lagi perlu menunggu selama tiga bulan untuk menerima suntikan vaksin. Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) dalam kenyataan pada Jumaat berkata, sebaliknya mereka boleh menerima suntikan vaksin lebih awal. Katanya, keputusan itu dibuat dalam persidangan jawatankuasa berkenaan pada Khamis berdasarkan pendapat pakar yang dibentangkan.

Perlu Ambil Vaksin Lebih Awal Kerana Ada Varian Baharu

bekas pesakit

“Walaupun bukti terkini menunjukkan jangkitan semula jadi virus itu menghasilkan perlindungan yang baik terhadap jangkitan semula selama sekurang-kurangnya tiga bulan, namun kemunculan varian baharu virus ini menyebabkan ada keperluan bagi pemberian vaksin yang lebih awal daripada tempoh ditetapkan sebelum ini.

Boleh Ke PPV

bekas pesakit

“Sehubungan itu, bekas pesakit Covid-19 yang telah disahkan bebas daripada virus ini, dibenarkan untuk divaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menurut janji temu yang diberikan,” katanya.

Hanya Selepas 30 Hari Jika Telah Dapat Antibodi Monoklonal Anti-SARS-CoV-2 / convalescent plasma

Bagaimanapun, JKJAV menjelaskan, bagi pesakit Covid-19 yang mendapat antibodi monoklonal anti-SARS-CoV-2 atau convalescent plasma sebagai sebahagian daripada rawatan Covid-19, mereka hanya dibenarkan mendapat suntikan vaksin sekurang-kurangnya 90 hari selepas tarikh pulih daripada jangkitan virus tersebut.

Tegasnya, ia adalah langkah berjaga-jaga yang diambil kini, sehingga terdapat maklumat tambahan untuk mengelakkan kemungkinan gangguan terapi antibodi dengan tindak balas imun yang disebabkan oleh vaksin.

Jangan Ke PPV Jika Masih Menunggu Keputusan Swab Test Covid

bekas pesakit

“JKJAV juga ingin menggesa orang ramai yang masih menunggu keputusan ujian Covid-19 untuk tidak hadir ke PPV walaupun telah mempunyai janji temu atau sebagai pengiring. “Mereka yang terpaksa membatalkan janji temu ini akan diberikan satu tarikh baharu secara automatik kelak,” katanya.

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan pemvaksinan sila rujuk ke akaun media sosial JKJAV ;

Sumber : [1] [2]

Leave a Comment