Tun M Tidak Berniat Jadi PM | Peluang Anwar Tipis

Sehingga kini, Perdana Menteri (PM) Malaysia yang baharu belum lagi dapat ditentukan dengan jelas. Tular baru-baru ini akan ura-ura peluang Datuk Seri Ismail Sabri yang bakal menerajui kepimpinan negara susulan mendapat majoriti yang banyak. Bagaimanapun, kebenarannya kemungkinan besar hanya akan dapat diketahui setelah majlis Perbincangan Khas Raja-Raja pada 20 Ogos 2021, Jumaat ini

Berbicara mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau berkata tidak berhasrat untuk menjadi PM buat kali ke-3, sebaliknya bersedia memimpin Majlis Pemulihan Negara bagi menangani pande mik Covid-19. Beliau juga menyeru semua pihak untuk akur dan terima dengan apa yang akan diputuskan oleh keraj aan nanti.

peluang

Tun M Hendak Tumpu Selesaikan Covid-19

Menurut Tun M, pada masa ini keutamaan adalah menangani Covid-19 kerana terlalu ramai yang menderi ta atas faktor ekonomi, selain ribuan kes melibatkan kema t1an Covid-19 serta peningkatan kes bu nvh diri.

“Semua ini kerana mereka tak tahan dengan teka nan yang dihadapi kini. Jadi, itu yang menjadi masalah besar kepada kita. Soal nak jadi PM apa semua ini, tak penting kerana masalah sebenar kita adalah wabak Covid-19 ini,” jelasnya dalam Program Ruang Bicara, Bernama TV pada malam Rabu.

Majlis Pemulihan Negara

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menambah, Majlis Pemulihan Negara yang dimaksudkannya sebagaimana mengikut kerangka Majlis Gerakan Negara (Mageran), yang mana ia akan mengambil tempoh sehingga negara benar-benar selamat dan bebas daripada wa bak berkenaan.

Tambahnya, sukar untuknya memberikan tempoh masa sehingga bila badan itu berfungsi, memandangkan Covid-19 ini datang dengan pelbagai varian.

Beliau ingin perbetulkan keadaan dan kembali kepada amalan dahulu, khususnya dalam peluang menarik pelabur ke negara ini dan mengelak pelabur lari ke tempat lain.

“Banyak benda-benda birok rasi yang menyebabkan ekonomi kita semakin te ruk, dengan pengurusan ekonomi umpamanya tidak menggalakkan pertubuhan ekonomi.

“Tapi yang lebih utama adalah masalah Covid-19 ini banyak menghalang kerja, kita tak boleh nak kerja, tak boleh nak meniaga secara biasa tapi kena guna cara lain.

Peluang Cerah Bisnes Online

“Perniagaan secara online ini boleh membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih besar. Kita lihat apa jadi kepada Amazon. Com dan Alibaba.com yang menjadi besar dengan cepat kerana mereka guna teknologi baru,” ujarnya.

[Baca Juga : Ismail Sabri Bakal PM Baru? Muhyiddin Kata Seolah Ada Konspi rasi]

Peluang Anwar Tipis

Menurut Profesor Dr. Ahmad Martadha Mohamed (Ketua Kluster Governans dan Integriti Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia), peluang Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat menjadi PM ke-9 dilihat agak tipis ketika ini susulan gabungan Perikatan Nasional (PN) menyokong pencalonan Ismail Sabri dengan majoriti cukup.

peluang

“Peluang Anwar ini kalau kita lihat daripada dulu lagi bahawa memang agak sukar untuk menjadi PM kerana tiada sokongan dan macam-macam senario lagi.

Mungkin (katakan) golongan kluster mah kamah boleh menyokong, tetapi DAP, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Peju ang) tidak mahu bekerjasama (dengan kluster mah kamah).

“Jadi perolehan jumlah sokongan itu akhirnya dia memang tidak akan mudah mendapat sokongan,”

Pejuang, Warisan Tidak Sokong

“Kalau kita lihat, Peju ang tidak menyatakan sokongan yang jelas kepada Anwar. Begitu juga dengan Warisan.

DAP, PKR, PAN Sokong Anwar

“Sokongan yang jelas diterima beliau (Anwar) datang daripada ahli Parli men DAP, PKR sendiri dan Parti Amanah Negara (Amanah),” katanya lagi.

peluang

Ahmad Marthada berkata lagi, peluang yang dilihat tidak berpihak kepada Anwar itu dikukuhkan lagi apabila ‘kluster’ 15 ahli Parli men UMNO yang menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keraj aan PN telah menyatakan sokongan kepada pencalonan Ismail Sabri.

“Cumanya dikhabarkan ada seorang ahli Parli men UMNO yang tidak menyokong Ismail Sabri, tetapi dari segi majoritinya masih berpihak kepada Ahli Parli men Bera itu,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Selagi jawatan Perdana Menteri belum dapat ditetapkan selagi itulah pelbagai spekulasi akan berlegar di kalangan rakyat. Selagi itulah juga ahli politik akan bertungkus lumus mencari jalan meraih sokongan majoriti bagi melayakkan menduduki kerusi teraju negara tersebut.

Sumber : [Sinar 1] [2]

Leave a Comment