TPM Minta KKM Senarai Anak Hilang Ketua Keluarga Untuk Dibantu

Terkini, Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta untuk senarai jumlah anak-anak yang kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali akibat Covid-19 bagi membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan kepada mereka.

Senarai Penting Elak Terpinggir Daripada Bantuan Kerajaan

Menurut Bernama, TPM menyatakan senarai itu penting bagi membolehkan mereka tidak terpinggir daripada menerima sebarang bentuk bantuan oleh kerajaan melalui agensi-agensi yang ada.

Ismail Sabri berkata lagi, “Saya sudah berbincang berkenaan perkara ini dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba supaya mendapatkan maklumat terperinci tentang anak-anak yang hilang tempat bergantung di seluruh negeri.

“Selepas ini kalau ada lagi kita akan bantu seperti sekarang ini. Kerajaan sentiasa prihatin kepada apa yang berlaku kepada setiap rakyat,” katanya lagi.

Santuni Lapan Beradik Yatim Piatu

 

senarai
Kredit : Bernama

Terdahulu, beliau menyantuni lapan beradik yang kematian ibu bapa akibat Covid-19 yang tular di media sosial di kediaman mereka di Seksyen BB7, Bukit Beruntung, dekat sini hari ini. Bapa mereka, Beyajeed Bernie meninggal pada 16 Julai lepas manakala ibu mereka Noraini Ibrahim meninggal dunia 2 hari kemudian, 18 Julai.

Ismail Sabri berkata, beberapa pihak bertanggungjawab termasuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan JKM telah memberi bantuan sepatutnya kepada 8 beradik itu.

LZS, KKM Bantu 8 Beradik

senarai
Kredit : Bernama

Beliau berkata lagi, LZS akan membayar sewa rumah mereka iaitu RM650 sebulan dan memberi barang makanan serta kewangan one off sebanyak RM 650. JKM pula akan memberi RM 950 sebulan kepada kesemua beradik itu. Beliau menjelaskan perkara ini semasa memberitahu Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 NADMA yang merupakan bantuan one-off RM 5000 turut diberikan kepada waris si mati.

Menjadi Anak Angkat Boustead Holdings

Di samping itu, 8 beradik itu akan diambil sebagai anak angkat oleh Boustead Holdings Berhad (Boustead) yang merupakan anak syarikat Kementerian Pertahanan. Anak kedua (18 tahun) daripada 8 beradik itu turut ditawarkan untuk bekerja di syarikat Boustead.
Kakak sulung mereka pula, Nazurah Nabilah Benyajeed, 19 menyatakan perasaan lega dengan semua bantuan tersebut kerana sedikit sebanyak mampu meringankan beban mereka terutamanya dari segi pendidikan.

senarai
Kredit : Bernama

Nazurah merupakan penuntut jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Politeknik ersing, Johor kini dalam tempoh cuti semester. Beliau kelihatan tenang dan berharap adi-adiknya tidak terumbang ambing dalam pendidikan.

Pada mulanya memang berasa sedih namun beliau harus kuat untuk menjadi tunggak adik-beradiknya. Beliau redha dengan pemergian kedua ibu bapanya dan akan menguatkan semangat bagi menruskan hidup.

KPT, PTPTN Tidak Ketinggalan Membantu

KPT melalui Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menawarkan pertukaran kampus Nazurah daripada Mersing ke Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak yang lebih dengan rumahnya. PTPTN juga turun memberikan sumbangan SSPN berjumlah RM500 setiap seorang adik-beradik itu dengan jumlah keseluruhannya RM 4000.

Kehilangan orang tua sekaligus memang sukar, apalagi dengan adik-beradik yang ramai. Berat mata memandang, berat lagi mereka bahu mereka mnanggung. Diharapkan kehidupan dan masa depan mereka terjamin dengan adanya bantuan-bantuan daripada pihak kerajaan ini. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka.

Sumber : Bernama

Baca Juga : Kelonggaran Rentas Negeri / Daerah Bagi Penerima 2 Dos Vaksin

Leave a Comment