Terleka Sekejap, Bayi 1 Tahun Hanyut Ke Tengah Laut

Disebabkan kelalaian sebentar kedua ibu bapa, bayi ini hanyut ke tengah laut. Menurut The Indipendent, pada Sabtu lalu, seorang bayi bersama pelampungnya berjaya diselamatkan setelah angin kencang membawa bayi tersebut jauh daripada daratan dan menyebabkan bayi itu hanyut kurang satu batu ke laut. Dikatakan bahawa ibu dan bapanya bersikap lalai ketika sedang mandi laut di luar bandar Kelibia, Timur Laut Tunisia.

Ibu bapa tersebut bergegas memberitahu pihak berkuasa apabila telah menyedari bayi perempuan mereka yang berusia lapan belas bulan itu telah hanyut.

[MESTI BACA: KERETA MELETVP KERANA GUNA PEMETIK API DENGAN KEHADIRAN GAS SANITIZER]

Unit Perlindungan Awam bersama dengan sukarelawan yang menggunakan jetski akhirnya berjaya menemui bayi tersebut di tengah laut tanpa sebarang kecederaan. Pemandu jetski mengambil rakaman kejadian tersebut dan kelihatan seorang lelaki bertindak menarik pelampung bayi itu.

hanyut

Cuaca yang membahang semasa musim panas menyebabkan ramai rakyat Tunisia datang ke pantai tersebut pada bulan ini bagi meredakan rasa panas yang dihadapi. Ini kerana beberapa lokasi pantai di luar ibu kota dan di dalam pusat pelancongan ditutup susulan pandemik Covid-19.

Oleh itu, rakyat di negara tersebut terutamanya yang mempunyai anak, memanfaatkan hujung minggu mereka pergi ke perairan Mediterranean serta pantai bersekitaran disebbakan suhu tinggi yang melanda.

hanyut

Pada hujung minggu tersebut angin adalah lebih kuat daripada biasa dan disebabkan itu jugalah bayi tersebut hanyut jauh ke tengah laut sebelum diselamatkan.

Demikian yang dilaporkan oleh The Indipendent. Kepada para ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak-anak yang masih kecil harus lebih waspada kerana sedikit kelalaian akan menyebabkan terjadinya malang tidak berbau. Lebih berbaloi sentiasa dalam keadaan berhati-hati daripada menanggung beban penyesalan kemudian hari.

Video tersebut boleh di lihat sini : Youtube

Sumber : [Vocket] [The Independent]

Leave a Comment