[Rakyat Jaga Rakyat] Terato Tech Bina Laman Sesawang Untuk Kibar Bendera Putih Secara Maya

Rakyat jaga rakyat. Itulah frasa yang sesuai diberikan kepada usaha yang dilakukan oleh rakyat Malaysia yang membuat laman web alternatif bendera putih secara maya tanpa dana berjuta.

Seperti yang umum telah maklum, kempen bendera putih diperkenalkan mulai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Sesiapa sahaja yang terjejas dengan PKP boleh mengibar bendera putih di kediaman masing-masing jika memerlukan bantuan dan bantuan akan disalurkan.

Memahami bahawa terdapat sedikit kesukaran untuk membantu dan mencari sesiapa yang memerlukan dengan segera pada satu-satu masa di seluruh Malaysia, Terato Tech telah membina alternatif berasaskan maya.  Usaha yang terpuji ini dikatakan mendapat kerjasama daripada Google Malaysia yang memberi akses peta Malaysia menggunakan khidmat Google Maps.

Mungkin ramai yang kurang tahu bahawa kos untuk membayar Google Maps bukan murah, namun syarikat tersebut bekerjasama atas dasar keprihatinan dan ingin membantu sesama rakyat.

Laman Sesawang kitajaga.co

laman sesawang

Laman sesawang tersebut adalah https://kitajaga.co/. Bukan sahaja laman ini bertujuan untuk mengangkat bendera putih secara maya, tetapi juga untuk digunakan bagi rakyat yang hendak membantu. Konsep dua hala yang digunakan di laman ini adalah sesuatu yang sangat baik.

laman sesawang

Menurut grafik yang diambil daripada akaun media sosial jom_dakwah ini, tanda signal berwarna merah adalah bermaksud ‘saya perlu bantuan’ dan tanda signal berwarna biru bermaksud ‘saya ingin bantu’.

laman sesawang

 

Diharapkan agar akan datang medium ini menjadi saluran pemudah cara untuk mereka yang memerlukan serta yang ingin membantu.

 

Semoga tiadalah yang akan menangguk di air keruh di atas usaha solidariti membantu sesama rakyat ini.

Tahniah rakyat Malaysia, Kita Jaga Kita!

Sumber : media sosial jom_dakwah

Baca Juga : Cik B Cari Bendera Putih Di Ipoh

Leave a Comment