Tempat Ski Pertama Di Cameron Highland Bakal Dibina

Bagi memastikan kelangsungan ekonomi pada masa hadapan, kita haruslah berusaha memikirkan dan mencari cara, rancangan serta peluang yang ada. Tidak berfokus untuk masa sekarang sahaja tetapi merancanglah untuk masa hadapan.

Terkini dilaporkan oleh Kosmo, SIM Leisure Group (SIM Leisure) bakal membangunkan taman tema ESCAPE ke-3 dan terbesar di Malaysia, bertempat di Cameron Highlands, Pahang melibatkan pelaburan me­lebihi RM100 juta dalam tempoh 10 tahun.

[MESTI BACA : 3 PUNCA SAINTIFIK MENYE RAMKAN KENAPA VARIAN DELTA PANTAS MERE BAK]

Aktiviti Ski Pertama Di Rantau Ini

cameron

ESCAPE Cameron Highlands yang meliputi kawasan lembah seluas 24 hektar dengan keting gian 220 meter akan menjadi taman pengembaraan berasaskan alam semula jadi dan menawarkan pelbagai tari kan termasuk akti viti ski yang pertama seum­pamanya di rantau ini.

Fasa Pertama 1 Tahun 3 Bulan Hingga 6 Bulan

Pembangunan akan dilakukan secara berpering kat yang mana fasa pertama dijangka mengambil masa antara 15 hingga 18 bulan untuk siap dengan pela buran permulaan bernilai RM15 juta.

Taman tema tersebut dijangka mampu menarik 200,000 pe­ngunjung dalam tempoh setahun pertama pembukaan sebelum mele pasi paras 1 juta pengunjung selepas 5 tahun.

Strategi ESCAPE Cameron Highland

cameron

Pengasas Sim Leisure, Sim Choo Keng berkata, tidak seperti taman tema lain, ESCAPE menggunakan stra tegi pengembangan dalam pelbagai fasa untuk terus memberi kelainan buat pengunjung dengan memperkenalkan tari kan baharu setiap tahun.

“Oleh itu, pro jek ini akan terus berubah menjadi sesuatu yang leb ih besar dan leb ih baik, sambil mengekalkan rasa dan etos jenama ESCAPE yang telah dikenali ramai,” katanya dalam satu kenyataan.

Sim Leisure sebelum ini telah membangunkan taman tema ESCAPE di Pulau Pinang dan Peta­ling Jaya.

cameron

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri pada majlis pelancaran ESCAPE Cameron Highlands yang diadakan secara maya kelmarin berkata, taman tema baharu itu akan memberi nafas se gar buat industri pelancongan domes tik.

“Masa depan pelancongan glo bal bersandarkan kepada keseronokan keluarga serta ke­sejahteraan.

“Kami meramalkan pertumbuhan permintaan yang baik untuk pelancongan berasaskan alam semula jadi di seluruh ­du nia,” ujarnya.

Ya, Cameron Highland memang lokasi pelancongan yang pasti disukai oleh sesiapa sahaja yang pernah ke sana. Cuacanya yang segar dan ladang teh yang menghijau memukau mata memandang. Diharapkan pan demik segera berlalu dan rakyat boleh melakukan percutian domestik kembali di samping membantu meningkatkan ekonomi negara.

Sumber : Kosmo

Lihat Pautan : Fosil Kelawar Vam pire Raksasa 100,000 Tahun Dijumpai

Leave a Comment