Teknik Ajar Anak Bahasa Inggeris dengan MUDAH dan MENARIK

Teknik Ajar Anak Bahasa Inggeris kini boleh dirujuk.

Teknik Ajar Anak Bahasa Inggeris adalah mudah, menarik serta efisyen.

Berikutan dengan perkembangan semasa dimana Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah diamalkan, kini ibu bapa sendiri perlu menjadi pendidik serta pembimbing anak-anak mereka.

Namun, sesetengah ibu bapa / penjaga merasa sukar untuk mengajar sebagahian subjek, terutamanya Bahasa Inggeris.

Disini dikongsikan TIGA TEKNIK AJAR ANAK BAHASA INGGERIS dengan mudah dan menarik!

 

1. GUNAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Langkah pertama yang perlu diambil adalah untuk menyediakan satu medium bagi membantu anak-anak belajar.

Ramai yang ragu tentang keberkesanan teknik ini, namun, ianya amat membantu dari segi menyediakan sesuatu yang baru dan menarik buat pelajar.

Bahan-bahan ini adalah tidak kompleks dan mudah didapati. Ia boleh diakses secara dalam talian dan penggunaannya adalah tanpa had.

Anda hanya perlu masukkan ‘BAHAN BANTU MENGAJAR BAHASA INGGERIS‘ di carian Google dan banyak pilihan akan diberikan.

Contoh:

AJAR ANAK BENTUK (SHAPES)

AJAR ANAK SEBUTAN (PRONOUNCIATION)

 

2. GUNAKAN ALAT BANTU BELAJAR (QUIZ ONLINE)

Satu lagi initiatif yang boleh diambil adalah dengan memberikan anak-anak kuiz online sebagai latih tubi.

Kuiz online ini dilengkapi dengan banyak tetapan menarik termasuklah paparan ala-ala permainan game serta ‘Flashcards’ yang boleh digunakan sebagai bahan ulangkaji.

Banyak antara kuiz ini dibina berdasarkan silibus pembelajaran, dan konsep baru yang diberikan membantu pelajar dalam memahami serta mengingat sesuatu idea dengan lebih mudah.

CONTOH SOALAN KUIZ ONLINE BAHASA INGGERIS

 

KONSEP PERMAINAN GAME YANG MENARIK

 

Untuk mengakses quiz online Semua Tahun KSSR tersebut, sila layari QUIZ ENGLISH ONLINE.

 

3. MELIHAT PROGRAM RANCANGAN TELEVISYEN / YOUTUBE DALAM BAHASA INGGERIS

Perkara ini merupakan suatu langkah yang cukup mudah dan berkesan, kerana pelajar dapat berehat sambil belajar.

Antara rancangan televisyen yang dapat membantu dalam menguatkan daya ingatan serta memperbaiki sebutan / pembinaan ayat anak-anak dalam Bahasa Inggeris adalah rancangan Tutor TV (Channel 601, Astro).

Rancangan yang lain boleh diubah kepada tetapan ‘English Audio’.

 

INFO TAMBAHAN!!!

Selain daripada teknik mengajar anak, ibu bapa / penjaga juga perlu mementingkan layanan serta kemahiran bukan verbal mereka.

Antara perkara yang perlu sentiasa dijaga termasuklah…

  • Gerak tubuh (pastikan gerak tubuh adalah ‘welcoming‘)
  • Riak wajah (neutral, gembira)
  • Intonasi suara (lembut)

Jangan lupa juga untuk SERTAKAN BANYAK PUJIAN bagi memberi semangat dan motivasi kepada anak-anak untuk teruskan usaha mereka.

 

Sekian, semoga perkongsian TEKNIK AJAR ANAK BAHASA INGGERIS dengan Mudah dan Menarik ini bermanfaat serta dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.

 

 

Lihat juga Jadual PdPR Sekolah Rendah.

PdPR SK (Jadual)

 

Leave a Comment