Tarikh PENTING Permohonan UPU Online 2021

Tarikh Penting Permohonan UPU Online 2021 kini boleh dirujuk.

Tarikh Penting Permohonan UPU Online 2021 akan dikemaskini mengikut perkembangan semasa.

Berikutan dengan sesi ambilan pelajar baru IPT/IPG dan seangkatan dengannya, UPU Online telah mengeluarkan tarikh penting permohonan yang perlu disemak semula oleh para pemohon.

Pihak-pihak terlibat akan melaksanakan proses pengambilan mengikut jadual yang sudah ditetapkan. Akan tetapi, para pemohon perlu sentiasa bersiap sedia kerana tarikh tersebut mungkin akan diubah dari semasa ke semasa.

Berikut dikongsikan jadual/tarikh penting permohonan yang telah dikeluarkan oleh UPU Online.

 

TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU ONLINE 2021:

  • Permohonan dibuka pada 4 Januari 2021 dan ditutup pada 31 Mac 2021 (Sesi Akademik 2021/2022).
  • Proses ujian / temu duga bagi pelajar Lepasa SPM akan dilakukan bermula April 2021 hingga Jun 2021.
  • Proses ujian / temu duga bagi pelajar Lepasan STPM dan setaraf akan dilakukan bermula Mei 2021 hingga Ogos 2021.
  • Tarikh hebahan UPUOnline bagi Lepasan SPM: Minggu ke-3 Julai 2021
  • Tarikh hebahan UPUOnline bagi Lepasan STPM dan setaraf: Minggu ke-3 September 2021
  • Fasa pengemaskinian Lepasan STPM dan setaraf: 9 Ogos 2021 hingga 12 Ogos 2021

 

PANDUAN PERMOHONAN UPU ONLINE:

  1. Pemohon perlu membeli UNIK ID UPUONLINE mengikut kategori yang betul di BSN.
  2. Masuk portal rasmi UPUOnline.
  3. Pastikan kategori yang anda ingin pohon adalah betul.
  4. Semak dahulu syarat kelayakan di e-Panduan UPUOnline.
  5. Kira merit anda.
  6. Pastikan anda membuat rujukan tentang tren permohonan dan penawaran bidang yang anda minat.
  7. Semak laluan kerjaya anda.
  8. Isi permohonan di laman web UPUOnline.
  9. Pastikan anda mengisi maklumat dengan lengkap dan betul. Isi maklumat mandatori (bertanda *).
  10. Isi dan pilih pilihan program mengikut keutamaan. Pilihan utama diletakkan pada kedudukan nombor satu.
  11. Langkapkan borang permohonan anda.
  12. Klik butang ‘SIMPAN’ untuk menyimpan dan menghantar permohonan, kemudian cetak dan simpan borang tersebut sebagai bukti dan rujukan.
  13. INGAT! SEMAKAN DAN KEMASKINI PERMOHONAN ADALAH TANPA HAD. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN.

 

Untuk memohon atau mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web UPU Online.

PORTAL UPU

 

Sekian, semoga perkongsian TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU ONLINE 2021 ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.

 

 

Lihat juga Syarat Kemasukan IPG 2021.

SYARAT KEMASUKAN (2021) PISMP IPG

 

Leave a Comment