Tarikh Pembukaan Sekolah 2021 telah diumumkan.
Tarikh Pembukaan Sekolah 2021 kini boleh dirujuk.
Berikutan dengan Sidang Media yang telah dijalankan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, TARIKH PEMBUKAAN SEKOLAH 2021 bagi sekolah seluruh negara telah diumumkan.
Berikut dikongsikan perincian tarikh-tarikh RASMI tersebut.
PEMBUKAAN SEKOLAH RENDAH:
PRA SEKOLAH / TAHUN 1 / TAHUN 2 (1 MAC 2021)
TAHUN 3 HINGGA TAHUN 6 (8 MAC 2021)
PEMBUKAAN SEKOLAH MENENGAH:
KUMPULAN A (4 APRIL 2021)
KUMPULAN B (5 APRIL 2021)
PEMBUKAAN KOLEJ VOKASIONAL:
SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA TAHUN 1 (SEM 2) / DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA TAHUN 1 (SEM 2)
(1 MAC 2021)
PEMBUKAAN SEKOLAH SWASTA:
SEMUA PERINGKAT / KATEGORI (8 MAC 2021)
MAKLUMAT TAMBAHAN!!!
- Tarikh-tarikh pembukaan sekolah ini adalah terpakai bagi semua sekolah bantuan kerajaan, sekolah kerajaan, sekolah swasta dan juga mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar di bawah KPM.
- Buat sekolah-sekolah yang tidak berdaftar di bawah KPM, mereka turut disarankan untuk mengikuti tarikh-tarikh pembukaan sekolah yang telah diumumkan oleh KPM serta juga sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Untuk memuat turun PDF RASMI tarikh-tarikh pembukaan sekolah tersebut, sila klik pada pautan di bawah.
Sekian, semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa.
Lihat juga JADUAL RASMI BAGI DIDIK TV KPM NTV7.