Tarikh Keputusan Semakan egTukar Guru Jan 2021

Setiap tahun, sudah semestinya terdapat para pendidik yang ingin bertukar sekolah. Faktor yang mempengaruhi keputusan ini mungkin disebabkan tuntutan kerja serta kehidupan peribadi.

Akan tetapi, permohonan untuk pertukaran guru ini perlu melalui banyak proses.

Bagi mereka yang sudah menghantar permohonan untuk pertukaran guru ini, sama ada ianya antara bahagian, dalam daerah atau antara daerah, serta antara negeri untuk tahun 2021, tarikh keputusan semakan EGTukar guru Jan 2021 telahpun dikeluarkan.

e-GTukar ini merupakan modul pengurusan guru yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memudahkan proses pertukaran guru. Ia menyenangkan urusan kertas kerja serta memastikan maklumat tidak tercicir dan senang diperoleh.

 

Tarikh rasmi semakan keputusan ini telahpun disahkan oleh KPM.

Berikut merupakan perincian bagi pertukaran antara negeri bagi tahun 2020, sesi Januari 2021.

 

Untuk mendapatkan kelulusan ini, guru akan dipantau dalam jangka masa yang ditetapkan. Disini, mereka akan dinilai dan keputusan tersebut akan direkodkan serta dihantar kepada KPM.

 

Pada tarikh berikut, Mesyuarat Berpusat Pertukaran antara negeri akan dilaksanakan. Pegawai Pengesah daripada KPM akan menentukan sama ada guru tersebut layak atau tidak mendapat kelulusan itu.

 

Keputusan kelulusan dan penempatan baru guru akan dimaklumkan di Modul e-GTukar.

 

Perincian pertukaran antara bahagian, antara daerah dan dalam daerah adalah seperti berikut. Rangkanya berbeza, akan tetapi idea besarnya adalah sama.

 

JADUAL RANGKA KERJA PERTUKARAN ANTARA BAHAGIAN BAGI TAHUN 2020 (SESI JANUARI 2021)

 

JADUAL RANGKA KERJA PERTUKARAN ANTARA DAERAH BAGI TAHUN 2020 (SESI JANUARI 2021)

 

JADUAL RANGKA KERJA PERTUKARAN DALAM DAERAH BAGI TAHUN 2020 (SESI JANUARI 2021)

 

Untuk mendapatkan maklumat tersebut, sila layari laman web berikut.

Laman Web e-GTukar

 

Para guru yang telah memohon perlu peka dan sentiasa melihat perkembangan terkini menerusi laman web tersebut. Untuk mereka yang telahpun mendapat kelulusan, tarikh kuatkuasa penempatan baru dan lapor diri perlu disemak semula.

Mereka juga perlu mendapatkan maklumat sekolah baru mereka. Hal ini untuk memastikan guru dan sekolah dapat dihubung jika terdapat apa-apa isu.

 

Untuk mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini, sila layari laman web KPM.

 

Leave a Comment