Syarat Kemasukan IPG PISMP Tahun 2021

Syarat kemasukan IPG PISMP Tahun 2021 kini boleh dirujuk.

Syarat kemasukan IPG PISMP Tahun 2021 menentukan kelayakan pelajar untuk memohon.

Permohonan untuk memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal UPU Online.

Berikut merupakan link portal UPU Online:

http://upu.mohe.gov.my/

 

TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU ONLINE:

  • Permohonan dibuka pada 4 Januari 2021 dan ditutup pada 31 Mac 2021 (Sesi Akademik 2021/2022).
  • Proses ujian / temu duga bagi pelajar Lepasa SPM akan dilakukan bermula April 2021 hingga Jun 2021.
  • Proses ujian / temu duga bagi pelajar Lepasan STPM dan setaraf akan dilakukan bermula Mei 2021 hingga Ogos 2021.
  • Tarikh hebahan UPUOnline bagi Lepasan SPM: Minggu ke-3 Julai 2021
  • Tarikh hebahan UPUOnline bagi Lepasan STPM dan setaraf: Minggu ke-3 September 2021
  • Fasa pengemaskinian Lepasan STPM dan setaraf: 9 Ogos 2021 hingga 12 Ogos 2021

 

SYARAT KEMASUKAN IPG PISMP TAHUN 2021 (ASAS):

  1. Pemohon perlulah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon perlu lulus SPM/peperiksaan alternatif yang dilakukan. Kelayakan yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 5A (A+, A, A-) dalam mana-mana matapelajaran.
  3. Pemohon perlu mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris.
  4. Pemohon tidak melebihi umur 20 tahun pada bulan ambilan PISMP 2021.
  5. Pemohon perlulah aktif dalam aktiviti kokurikulum (banyak mengikut program/wakil sekolah).
  6. Pemohon perlulah sihat tubuh badan dan tidak mempunyai apa-apa penyakit lain.

SENARAI BIDANG PENGKHUSUSAN:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandusun
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran, Pendengaran, Penglihatan)
  • Sains
  • Matematik
  • Sejarah
  • Rekabentuk dan Teknologi
  • Bimbingan dan Kaunseling

 

PERINCIAN PROGRAM PISMP:

  • Individu yang berjaya memasuki IPG perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan, setahun atau 2 semester.
  • Mereka yang lulus PPISMP akan diberikan sijil tamat PPISMP dan terus meneruskan pengajian mereka ke PIMSP secara sepenuh masa.
  • Program ini dilaksanakan khusus untuk melahirkan atau melatih calon guru khas buat sekolah rendah.

 

 

Sekian, semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pengguna.

 

Lihat juga Bantuan Persekolahan 2021 (RM400).

BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIWP 2021 (RM400)

Leave a Comment