Sunt!kan D4rah Ayam Jadi Obsesi

Ibu bapa manakah yang tidak mahu melihat anak mereka pandai, berjaya dan membanggakan? Apa pun sanggup dilakukan bagi membantu anak mereka mencapai kejayaan dalam hidup. Obsesi inilah yang menjadi fenomena di China.
Mahukan anak lebih tinggi agar tidak dipinggirkan, dibuli dan ketinggalan, ibu bapa sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk menyunt!k hormon tumbesaran kepada anak mereka. Mahukan anak lebih genius, sihat dan berjaya, d4rah ayam pula disunt!k kerana percaya langkah ini berkesan.

d4rah ayam

Menurut satu laporan konsep ini bukanlah sesuatu perkara baru dalam masyarakat China terutamanya di bandar seperti Beijing, Shanghai dan Guangzhou yang ramai ibu bapa kelas pertengahan yang memiliki obsesi ini.
Pada tahun 1950-an masyarakat China percaya d4rah segar daripada ayam sangat berguna merangsang tenaga dan merawat pelbagai penyak!t seperti kanser, kemandulan dan kebotakan. Bagaimanapun kepercayaan ini pudar seiring zaman.
Namun amalan ini tidak ditinggalkan dan diamalkan semula kembali segelintir ibu bapa pada zaman kini. Mereka percaya sunt!kan d4rah ayam mampu menjadikan anak mereka lebih aktif dan lebih berprestasi dalam akademik dan sukan.
Ibu bapa kelas pertengahan yang obses ini sanggup membelanjakan suku atau separuh daripada gaji mereka untuk anak-anak. Ada juga yang sanggup membeli rumah berdekatan dengan sekolah anak mereka agak masa perjalanan ke sekolah kurang di samping memberikan anak mereka sunt!kan d4rah ayam.
Segalanya sanggup dilakukan termasuk menempatkan anak mereka di sekolah terbaik. Mereka begitu obses dengan kecemerlangan anak-anak dari segi akademik dan hidup. Hal ini menyebabkan peningkatan ketara dalam kes kemurungan dalam kalangan remaja di China.
Terdapat juga laporan yang menyatakan kanak-kanak di China adalah antara paling ramai mengalami rabun jauh sebanyak 71% di sekolah pertengahan dan 81% di sekolah tinggi.
Bagaimanapun tidak terbukti jelas keberkesanan tentang sunt!kan d4rah ayam ini. Beberapa pemerhati menilai kaedah ini menjadi obsesi kerana persaingan yang begitu sengit di China. Mereka juga mempersoalkan bahawa ibu bapa seharusnya melindungi anak mereka daripada persaingan tidak berpenghujung ini dan tidak memaksa anak mereka menyambung cita-cita ibu bapa yang belum tercapai.
Bagaimanakah menurut anda, adakah obsesi ini berbaloi untuk masa hadapan anak-anak?

Sumber : [Harian Metro] [SupChina] [SG News]

Lihat Pautan : Lebih 1,700 Rakyat LGBT Malaysia Dihantar Ke Kem Pemulihan

Leave a Comment