Sungai Pisang Sesak Pengunjung Timbulkan Keris@uan

Netizen Risau Sungai Pisang Sesak Pengunjung

Setelah kelonggaran merentas daerah diberikan di Lembah Klang, ramai orang mengambil kesempatan melakukan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi.

Pada hujung minggu lepas nampaknya ramai yang tidak melepaskan peluang ini berekreasi bersama keluarga.

Kelonggaran ini tidak mahu disia-siakan oleh mereka. Ramai yang begitu teruja hendak ke sungai, pantai, air terjun dan kawasan riadah lain di sekitar Lembah Klang.

Pengunjung Serbu Sungai Pisang 

sungai pisang

Tidak terkecuali juga, kawasan air terjun Sungai Pisang, Gombak menjadi tujuan.

Menerusi perkongsian video tular di aplikasi TikTok baru-baru ini, orang ramai dilihat berpusu-pusu mengunjungi kawasan tersebut.

Kelihatan ramai yang tidak mengendahkan langsung SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Situasi ini membuatkan rata-rata warga maya beng.ang dan ri.sau kes akan menjadi tinggi semula dan rakyat perlu melalui semula fasa-fasa pe.rit sebelum ini.

sungai pisang

Pulang sahaja pergi hari lain, tak berbaloi risik0kan diri.”

“Kenapa banyak tempat boleh pergi korang nak pergi sungai? Rasa masa PKP ramai menga.du nak jumpa mak ayah.”

“Elakkan pergi tempat sesak. Jaga diri masing-masing. Kalau orang sekeliling tak peka, kena peka untuk diri sendiri.”

“Bila kerajaan bagi kelonggaran, bersiap sedialah menghadapi kehidupan yang lebih menca bar lepas ni.”

“Kes pun duk tinggi maaf bercakap… hati sa k!t tengok. Sebab COVID-19 ni. Bukan main-main bila kes nak turun?”

“Harap tiada kluster Sungai Pisang.”

Dalam pada itu, antara perkara yang menjadi keri.sauan adalah tempat tersebut bakal dipenuhi sampah sarap jika pengunjung tidak bertanggungjawab dengan membuangnya merata-rata.

Difahamkan juga bahawa untuk ke air terjun Sungai Pisang, per mit dari Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah adalah diperlukan dan hanya 100 orang sahaja had daya tampung ditetapkan dalam seminggu.

sungai pisang

Polis Tidak Akan Teragak-Agak Bertindak

Sementara itu, portal tempatan melaporkan bahawa polis tidak akan teragak-agak mencadangkan kepada pihak berkuasa untuk men.utup pusat rekreasi jika terlalu sesak dengan orang awam yang tidak patuh kepada SOP terutamanya dari segi penjarakan fizikal.

Timbalan Pengarah Jabatan Kesela matan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mastor Mohd Ariff, berkata “Polis menyedari keghai.rahan orang ramai beriadah di sungai, padang dan pantai terutama membabitkan warga Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya.

“Justeru, polis membuat pemantauan dan hebahan dengan memberi nasihat supaya mereka mematuhi SOP seperti penjarakan fizikal.

“Bagaimanapun, jika keadaan tidak dapat dikawal akibat kesesakan dan pengunjung terlalu ramai, polis tidak teragak-agak untuk mencadangkan supaya pusat rekreasi ditu.tup,” katanya.

Sumber : [Sinar Plus] [Odisi] [Berita Harian]

Lihat Pautan : Orang Utan Sabah Jalani ‘Swab Test’, 13 Gorila Positif Covid-19

Leave a Comment