[VIDEO] Solat Aidiladha Diteruskan Walaupun Roket Dibedil Di Afghanistan

Ketika ramai umat Islam di dunia dapat menyambut Aidiladha dengan tenang, di belahan dunia lain terdapat mereka yang mengalami perkara berbeza. Namun walau dengan cabaran dan ketakutan, solat Aidiladha tetap dilakukan dengan mengikuti sunnah Nabi s.a.w bersolat hari raya lapangan terbuka.

Begitulah yang terjadi kepada penduduk di dekat Afghanistan ini. Menurut laporan BBC, bunyi bedilan roket berhampiran tersebut kedengaran semasa solat hari raya Aidiladha di Afghanistan.

Walaubagaimanapun, ibadah solat aidiladha yang dilakukan di kawasan istana presiden tersebut tetap diteruskan dan beberapa orang dilaporkan kelihatan takut dan tidak pasti hendak berbuat apa.

Aktiviti solat aidiladha itu disiarkan secara langsung dan Presiden Ashraf Ghani juga turut ada di dalam peristiwa tersebut. Tiada berita lanjut berkenaan kejadian tersebut. Diharapkan semuanya selamat dan tidak ada kehilangan nyawa.

Hargailah ketenangan yang kita ada sekarang. Semoga negara kita dan semua umat Islam dilindungi dan diselamatkan oleh Allah SWT daripada bala dan bencana. Bersyukurlah.

Sumber : [BBC] [Islam Channel]

Lihat juga : VIDEO BURJ KHALIFAH BERTAKBIR DI AIDILADHA

Leave a Comment