Sittah Annur PMYT Dita han | Pengikut Beri Dana Hampir RM85,000

Sebelum ini tular berita tentang ajaran se sat baharu yang sedang disebarkan di Malaysia iaitu Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang dikaitkan dengan seorang wanita dengan gelaran Sittah Annur. [Baca Kisah Ajaran Sesat : PMYT Dakwa Pe rang Dunia Ke-3 Bermula Di Sabah]

sittah annur

Terkini, harian Metro melaporkan bahawa ketua ajaran PMYT tersebut yang digelar Sittah Annur,39 kini telah dita.han. Dengan pena.hanan ini, penemuan dana sumbangan pengikutnya sejumlah RM84, 721.42 telah terbongkar.

Penemuan dana tersebut adalah susulan ser buan pihak berkuasa di rumahnya di Shah Alam pada awal pagi Sabtu yang menemui satu resit.

Superintendan Basri Sagoni, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields berkata, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields mena han wanita tersebut kira-kira jam 1.10 pagi bagi membantu siasa.tan.

sittah annur

Menurut beliau, pihak polis juga membuat ram pasan 5 telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad bank, sekeping resit pemindahan wang ke akaun bank tempatan sebanyak RM84,721.42 dan sepasang telekung berwarna putih dipercayai digunakan oleh Sittah Annur semasa membuat Live Facebook.

Selain itu, beliau juga menjelaskan bahawa siasa tan mendapati wang tersebut adalah hasil derma daripada ahli PMYT.

“Peniaga wanita yang sudah berumah tangga itu sedang disia sat mengikut Seksyen 298A Kanun Kesek saan (kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpe cahan atau permu suhan, ben ci memben ci atau niat ja hat atau memuda ratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, menurut Basri, permohonan taha.nan reman terhadap Sittah Annur dipohon dan Majistret Kuala Lumpur telah membenarkan selama 4 hari sehingga 7 September ini.

Tangkapan ini dibuat bagi membantu siasa.tan atas 6 laporan polis di balai polis berlainan diterima berkaitan isu PMYT.

Sebelum ini, wanita tersebut pernah datang ke balai polis bagi melakukan penafian serta menyatakan beliau tidak pernah mewujudkan kumpulan ajaran sesat atau apa-apa kumpulan dan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam. Suspek juga menafikan semua tuduhan termasuk tindakan yang boleh mengan.cam keselamatan negara.

Setelah banyak pendedahan kesalahan ajaran PMYT yang bertentangan dengan ajaran Islam, mufti negeri, pihak berkuasa agama dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga mengarahkan PDRM mengambil tindakan terhadap kumpulan PMYT.

Menteri Agama baru, Senator Idris Ahmad juga menyatakan kesediaan pihak beliau bagi menyelamatkan pengikut kumpulan tersebut daripada penyimpangan.

Diharapkan dengan tindakan yang diambil, Sittah Annur serta pengikutnya sedar dan mengamalkan ajaran Islam yang sepatutnya.

Sumber : [Harian Metro]

Lihat Pautan : Lemparkan Pasir Ke Wajah Si Pemuji Yang Berlebihan?

Leave a Comment