Sistem Kesihatan Negara Mungkin Lumpuh | Implemen SOP Agresif Di Selangor | Malaysia Tidak Boleh Gagal!

SISTEM KESIHATAN AWAM NEGARA MUNGKIN LUMPUH

Beberapa hari ini kita perhatikan kes Covid di negara kita ini begitu meruncing membimbangkan. Terkini, dilaporkan di dalam Sinar Harian bahawa sistem kesihatan awam negara berkemungkinan lumpuh sekiranya tiada tindakan komprehensif diambil bagi menangani penularan varian Delta.

Dr. Safiya Amaran, Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)berkata, ia kerana varian baharu itu mudah berjangkit berbanding virus asal Covid-19. Keadaan menjadi lebih kritikal apabila varian tersebut turut merebak ke hampir semua negeri sekali gus menyaksikan peningkatan mendadak pandemik itu di Malaysia ketika ini kata beliau lagi.

sistem
Dr. Safiya Amaran

Menurut beliau lagi, secara umumnya jangkitan Covid-19 boleh merebak melalui udara tetapi varian baharu ini lebih ganas berbanding sebelum ini.

Malaysia Masuk Kategori Varian Dibimbangi

“Sekarang ini kita sudah masuk kategori varian dibimbangi. Maksudnya kalau sudah masuk kategori ini memang ada kajian telah membuktikan ia ada kepunyaan antaranya menyebabkan penularan yang lebih pantas.” Katanya.

Varian Delta : Sedikit Virus Sudah Mencukupi Untuk Dijangkiti

Beliau berkata “Cuma kemungkinan untuk dijangkiti itu memerlukan 100 virus masuk ke dalam badan, tetapi dengan varian baharu ini 70 virus sudah cukup menjangkiti kita,”.

Ujarnya, dengan kehadiran varian Delta ini sesiapa sahaja berisiko tinggi dijangkiti jika ada seorang individu di sekeliling yang mempunyai varian berkenaan. Virus ini juga berupaya merebak dengan pantas sekali pun kita memakai dua lapis pelitup muka (double mask).

Tambahnya, dalam keadaan sekarang ini, orang ramai perlu menghadkan pergerakan dan elak mengunjungi tempat sesak.

Nilai Kebolehjangkitan Lebih Tinggi Berbanding Wuhan

sistem

Dr Noor Hisham pada Selasa memaklumkan varian baharu Delta sudah merebak hampir ke setiap negeri. Varian itu merebak dengan cepat dengan nilai kebolehjangkitan (Rt) antara 5 hingga 8, berbanding virus Covid-19 pertama yang dikesan di Wuhan, China iaitu nilai Rt sekitar 2.5 hingga 3.

IMPLEMEN SOP AGRESIF DI SELANGOR

Prosedur operasi standard (SOP) lebih agresif menggunakan elemen ketenteraan dan pasukan khas polis perlu dilaksanakan di Selangor berikutan peningkatan kes Covid-19 harian tertinggi dicatatkan di negeri itu.

sistem
Dr Noor Nirwandy Mat Noordin

Penganalisis Keselamatan dan Politik Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, operasi lebih menyeluruh pasukan keselamatan itu perlu dilaksanakan dengan cara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara zon dan sektoral.

Antara cadangan beliau lagi adalah;

  • Setiap individu di kawasan PKPD wajib vaksin secara tersasar, menyeluruh, tanpa gagal
  • Mereka yang ingkar menerima vaksinasi akan dianggap menyalahi undang-undang.
  • Sesiapa yang telah divaksin akan direkod secara automatik di dalam Mykad dan Mysejahtera
  • Wujudkan pusat vaksin berskala kecil, bergerak secara agresif dengan sokongan elemen ketenteraan dan pasukan khas polis
  • Gempur kilang, kawasan tumpuan orang ramai guna tentera
  • Berkas perkerja, pemilik premis yang gagal ikut SOP
  • Ordinan Darurat di bawah perkenan YDP Agong boleh dipertimbangkan bagi jalankan operasi ini
  • Elak sentimen ketaksuban politik melampau. Fokus dan bekerjasama memerangi pandemik
  • Kesedaran sivik yang tinggi, kepatuhan SOP maksimum, inovasi baharu dalam kalangan ahli politik; antara kunci kejayaan memerangi Covid-19.
  • Kerjasama menambah baik formula memerangi Covid-19

MALAYSIA TIDAK BOLEH GAGAL!

sistem

Itu kata masyarakat dari golongan pelajar, peniaga, kakitangan awam, pensyarah, pembantu penyelidik dan pengasas syarikat seni cetak.

Peniaga – Raja Mohamad Hazmi Raja Hussin, 26, dalam keadaan ekonomi terjejas, kerajaan tetap memberikan bantuan kepada rakyat yang terkesan yang sedikit sebanyak dapat menampung beban rakyat.

Pelajar UTM Skudai – Muhammad Faiz Mohd Shafee, 24, rakyat Malaysia perlu berpegang teguh kepada slogan ‘Jatuh Bangkit Kita Bersama’. Buang segala ego dan lupakan segala sengketa politik.

Kakitangan Awam – Wan Nur Suhailah Wan Draman, 24, rakyat perlu terus tabah, tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Pensyarah USIM – Rosidayu Sabran, 53, frontliner sudah semakin lesu. Setiap rakyat perlu terus kuat dan bersemangat untuk menjaga keselamatan diri masing-masing di mana jua berada terutama dalam mematuhi SOP semasa berada di luar.

Kakitangan Awam – Rozihani Mohamad, 41, Malaysia mempunyai sifat terpuji dalam membantu orang lain yang dalam kesusahan melalui pelbagai platform online.

Pembantu Penyelidik, USIM – Mohammad ‘Izzuddin Mohamad Ares, 24, kewujudan laman sesawang KitaJaga.co yang dicipta oleh rakyat tempatan membuktikan keprihatinan masyarakat dalam membantu golongan yang susah.

Pengasas Syarikat Seni Cetakan – Adib Mursyidi Mohd Bukhari, 24, kerajaan sudah mempercepatkan proses vaksinasi kepada seluruh rakyat di mana kita boleh melihat peningkatan pemberian vaksin di semua PPV di seluruh negara bagi mencapai 80% imuniti kelompok.

Semoga segenap lapisan mayarakat di negara ini terus berusaha sebaik mungkin untuk membendung penularan wabak. Ayuh bersatu Malaysia!

Sumber : [1] [2] [3]

Leave a Comment