Warga pendidik semestinya sedang melakukan persediaan terakhir sebelum mengakhiri sesi persekolahan. Akan tetapi, dengan keadaan semasa yang tidak menentu, sukar buat mereka untuk menjalankan tugas-tugas tersebut dengan lancar tanpa berasa tertekan! Bagi meringankan beban ini, senarai semak guru yang strategik dan lengkap boleh digunakan.
Senarai semak ini digunakan untuk memastikan semua urusan bagi tahun tersebut dan tahun berikutnya telah dilengkapkan.
Para guru, terutamanya mereka yang baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan mesti tertanya-tanya… Anda hendak bermula dari mana? Anda perlu merujuk kepada siapa? Jangan risau, kerana contoh berserta rujukannya boleh didapati di sini.
Senarai Semak Guru terbahagi kepada…
1. PENGURUSAN AM
Pengurusan Am ini berfokuskan hal pengurusan seluruh sekolah seperti menulis alamat semasa cuti, memulangkan buku teks guru yang telah dipinjam daripada SPBT serta memulangkan barangan sekolah yang telah digunakan.
2. PENGURUSAN KURIKULUM
Pengurusan Kurikulum pula berfokuskan aspek seperti penyediaan sijil SPBT, pelaksanaan mesuarat akhir panitia serta mengemaskini fail panitia.
3. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
Pengurusan hal ehwal murid ini menekankan pemulangan buku teks SPBT oleh murid, pemakluman agihan buku teks SPBT serta penyerahan dan penyimpanan fail peribadi murid.
4. PENGURUSAN KOKURIKULUM
Akhir sekali, pengurusan kokurikulum ini menekankan pelengkapan data dalam talian bagi murid, menyerahkan buku laporan aktiviti mingguan kokurikulum serta menjalankan pendaftaran persatuan/badan beruniform.
Daripada empat aspek tersebut, para guru dapat melaksankan dan menyiapkan tugas mereka dengan lebih pantas dan efisyen.
Untuk mendapatkan contoh Senarai Semak Guru yang lengkap, sila tekan link dibawah.
Contoh Senarai Semak Guru Lengkap: