Shuib Hendak Bersara Dari Dunia Hiburan

Setelah pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah pada 9 Ogos lepas, Shuib mengambil keputusan untuk berhenti seketika daripada menjalani sebarang program hiburan.
Ini disebabkan jadual hariannya kini telah berubah 100% setelah bergelar bapa tunggal.
Shuib berkata, “Sekarang, semuanya berubah termasuklah jadual harian saya termasuklah selepas Ayash Affan pulang ke rumah dan dia memerlukan penjagaan rapi memandangkan masih dalam tempoh pramatang.
“Berehat yang saya maksudnya bukannya berhenti tetapi tidak terlibat dengan sebarang program buat sementara waktu,” ujar beliau.
Dalam tempoh ‘berehat’ tersebut, Shuib juga masih dalam fasa untuk membiasakan diri dengan tanggungjawab sebagai bapa dan ibu kepada 4 orang anaknya.
Berseloroh tentang gelaran bapa tunggal, Shuib atau Shahmira Muhamad berkata, “Pelik pula dengan gelaran tersebut tetapi inilah yang saya jalani. Penggantungan anak-anak sekarang sudah beralih 100 peratus kepada saya sejak ibu mereka mening gal dunia.
“Jadi, untuk laksanakan semua ini, ada baiknya saya fokus dulu dengan keadaan di rumah bagi memastikan kehidupan dan pelajaran anak-anak terjaga,” katanya lagi.
Bercakap tentang hal perniagaannya, beliau bersyukur kerana pihak pengurusan syarikatnya sangat memahami situasi dan dia hanya memantau perniagaannya dari rumah sahaja.
Beliau juga bersyukur kerana rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT juga melimpah-limpah.
Semoga dipermudahkan urusan harian Shuib mendidik serta mengurus anak-anaknya. Sesungguhnya pengorbanan agung ini akan terbalas suatu hari nanti.

Sumber : [Kosmo]

Lihat Pautan : Anak Kecil 3 Tahun Men1nggal Dider4 Ibunya Seorang TikToker

Leave a Comment