‘Segerakan Aku’ Kata Jen@zah Saat Diusung Menuju Tempat Persemadian

‘Segerakan Aku’

Tidak ada manusia yang akan hidup kekal lama di dunia ini. Walau sihat wal afiat bagaimanapun tetap akan mengalami kem@t1an. Detik yang memutuskan dan menamatkan nikmat-nikmat dunia. Detik yang bekal-bekal amalan kebaikan menjadi harapan.Tiada terlewat, tiada cepat. Semua tepat pada waktunya.

Yang Maha Adil berfirman dalam surah Al-A’raf ayat 34, “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan), maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan.”

Ketika jen@zah diusung hendak dihantar untuk disemadikan ke tanah perkvbvran, semua r0h sudah tahu sama ada tempat persemadiannya kelak akan menjadi tempatnya beristirehat atau tempat untuk di@zab.

segerakan

Segerakan Aku

Jauh sebelum ini Nabi kita pernah memaklumkan, “Apabila jen@zah diangkat dan orang ramai mengangkatnya di atas bahu mereka. Seandainya jen@zah itu baik, ia akan berkata: ‘Segerakan aku… Segerakan aku’ Seandainya ia jen@zah yang tidak baik, jen@zah itu akan berkata kepada keluarganya: Cel@kalah. Ke mana mereka mahu pergi dengannya. Setiap makhluk akan mendengar suara ini kecuali manusia. Jika manusia mendengar, nescaya mereka akan pengsan.” [Sahih Bukhari, 1314]

Bagi jen@zah yang beramal soleh, membawa bekalan-bekalan pahala dan amal kebaikan, r0hnya sudah mengetahui apabila masuk sahaja ke dalam tempat semadi, ia akan menjadi seperti taman syurga dan tempatnya berehat bersen@ng len@ng daripada segala kekusutan keletihan dunia sehingga hari dibangkitkan semula. Kerana itulah ia berkata ‘segerakan aku’.

Jika jen@zah yang diusung bukan di kal@ngan orang soleh, yang membawa d0sa dan bekalan amal buruk, r0hnya meronta-ronta kerana tahu tempat semadinya kelak akan menjadi antara seperti lubang-lubang api ner@ka.

Dalam satu hadis, suara yang men@kvtkan itu akan turut didengari semua makhluk Allah kecuali manusia. Dalam riwayat lain, kecuali manusia dan jin.

Semua manusia bertanggungjawab ‘menghiasi’ makam persemadian sendiri kelak. Sama ada mahu tempat itu nanti menjadi seperti taman syurga atau tempat untuk dipalu, dihimpit, dibelit ul@r dan penuh kegel@pan.

Ingatlah, tempoh di alam semadi itu lebih lama berbanding masa kita di atas dunia. Dunia yang sungguh fana, terlalu sebentar ini.

Kita tidak ditinggalkan oleh Nabi s.a.w tanpa diajarkan doa-doa perlindungan diri dari az@bnya kehidupan di alam semadi. Malahan, baginda yang telah terjamin akan syurganya juga tetap memanjatkan doa memohon dirinya dilindungi daripada segala jenis az@b.

Doa perlindungan 4 jenis az@b itu dibaca selepas bacaan tahiyat akhir, sebelum memberi salam;

Allaahumma inni a’uuzubika min ‘azaabil qabr wa min ‘azaabi jahannam, wa min fitnatil mahyaa wal maamaat, wa min syarri fitnatil masiihidd dajjaal.

‘Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari az@b kubur, az@b ner@ka Jahannam, fitn@h kehidupan dan setelah kem@tian dan daripada kejah@tan Almasih Dajjal.’ [HR Bukhari Muslim]

Bagi manusia yang masih hidup jangan sesekali menc@ci m@ki orang yang telah pergi meninggalkan kita jika ada sisi j@hatnya yang kita tahu. Siapa t@hu dia sudah bertaubat, kerana Maha Pengampunnya Allah, Maha Penyayangnya Dia, sedetik taubat sebelum nafas terhenti pun tetap diterima taubatnya.

Jika berlaku kem@tian dari kalangan orang yang dikenali baik, adalah harus di segerakan pengebvmiannya.

‘Hias’lah Makam Semadi

“Sesungguhnya di antara amal kebaikan yang medatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meningg@l dunia ialah ilmu yang disebar luar, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan dan sungai yang dilarikan untuk kepentingan orang ramai dan harta yang disedekahkannya.” [HR Ibnu Majah]

Semoga jika kita telah dipanggil pulang oleh Allah, jen@zah kita termasuk antara yang berkata ‘segerakan lah aku’ semasa jas@d kita diusung dihantar untuk disemadikan. Aamin.

Wallahu a’lam.

Sumber : Metro

Lihat Pautan : Inilah Sebab Kenapa Asiah Cuma Doa Minta 1 Rumah Sahaja Di Syurga

Leave a Comment