Tahun ini sudah hampir ke penghujungnya, dan semestinya, peperiksaan akhir tahun juga akan berlangsung.
Walaupun pertaksirannya berbeza dengan tahun sebelumnya, namun setiap pihak sentiasa mencuba yang terbaik bagi para pelajar.
Golongan ibu bapa juga tidak lari daripada bertanyakan soalan yang sama, “Bagaimanakah dan berapakah markah serta gred anak saya?”.
Akan tetapi, pandemik ini menyukarkan proses konferensi antara guru dengan ibu bapa. Oleh itu, platform yang dikenali sebagai SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah boleh digunakan.
Blog atau laman web ini sudah lama dicipta, tetapi kurang digunakan oleh para ibu bapa.
Ia bersesuaian dengan keadaan semasa dimana pihak ibu bapa boleh mendapat maklum balas daripada pihak sekolah tanpa melanggar SOP.
Untuk melayari laman web ini, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk memasuki link yang betul:
Seterusnya, butang berwarna hijau (SEMAKAN IBUBAPA) di bahagian bawah, kiri skrin perlu ditekan:
Skrin seterusnya adalah seperti berikut:
Kemudian, ibu bapa hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan, negeri serta daerah dan nama sekolah anak mereka.
Dengan menggunakan laman web SAPS ini, maklumat peperiksaan anak-anak dapat diakses dengan beberapa klik sahaja!