SAPS Ibu Bapa 2021 boleh disemak secara ONLINE.
SAPS Ibu Bapa 2021 boleh diakses dengan beberapa klik sahaja.
Berikutan dengan PdPR atau Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah, keputusan peperiksaan ataupun ujian murid bukan lagi diserahkan secara bersemuka, tetapi boleh disemak secara dalam talian.
Portal tersebut boleh diakses menggunakan peranti seperti telefon pintar, komputer riba serta juga komputer peribadi. Anda hanya perlu memastikan anda mempunyai capaian internet.
Ini bukan sahaja memudahkan proses penyerahan keputusan peperiksaan/ujian, ia juga lebih mudah dan menjimatkan masa.
Berikut dikongsikan panduan penggunaan SAPS Ibu Bapa 2021.
PANDUAN SAPS BAGI IBU BAPA:
Pertama sekali, layari laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang betul.
Berikut adalah paparan seterusnya.
Kemudian, klik pada butang hijau ‘SEMAKAN IBUBAPA’ di bahagian bawah, kiri skrin.
Anda akan dibawa ke paparan berikut, atau pautan https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
Masukkan Nombor Kad Pengenalan anak anda tanpa tanda (-) atau jarak diantara nombor. Klik butang cari. Seterusnya, pilih negeri, daerah, serta sekolah anak dan klik butang ‘Semak’.
Anda sepatutnya lihat paparan berikut. Pilih Tahun pepriksaan/ujian anak anda yang anda ingin lihat.
Seterusnya, paparan senarai guru berdasarkan peperiksaan terakhir untuk tahun tersebut akan muncul di bahagian kanan skrin. Maklumat sekolah, tahun/tingkatan anak anda akan dipaparkan.
Kemudian, klik pada pilihan ‘PILIH JENIS PEPERIKSAAN’ dan klik pada mana-mana pilihan yang anda ingin lihat.
Akhir sekali, klik pada pilihan ‘Papar Slip Keputusan’ atau ‘Papar Markah Peperiksaan’ untuk lihat keputusan akhir anak anda.
Sekian, semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.
Lihat juga Senarai Tablet di bawah RM1000.