Sampah Bersepah, Berlonggok Di Sungai Pisang

Sampah Bertaburan, Mentaliti Sampah?

Minggu lepas, tular di media sosial kesesakan pengunjung di Sungai Pisang, Gombak setelah kelonggaran pergerakan diberikan untuk negeri Selangor. Menerusi rakaman video yang tular tersebut kelihatan orang ramai yang datang untuk aktiviti hiking dan mandi-manda begitu sesak sehingga mengabaikan SOP.

[Baca Di Sini : Sungai Pisang Sesak Timbulkan Kerisauan]

Keadaan ini membuatkan warga maya bengang dan marah. Ramai juga yang berkomentar akan kerisauan mereka bahawa tempat tersebut bakal dipenuhi sampah yang ditinggalkan pengunjung.

Telahan para netizen ini rupanya berasas. Memang benar telahan mereka. Kelmarin, seorang pengguna Twitter berkongsi terdapat longgokan sampah di kawasan Sungai Pisang yang ditinggalkan begitu sahaja oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab.

sampah

Menurut beliau lagi, antara yang turut kelihatan adalah botol-botol mineral, kotak air minuman serta tin sardin.

Seharusnya setiap sampah daripada sisa makanan, plastik bungkusan serta barangan keperluan masing-masing mestilah dibawa keluar demi menjaga kebersihan kawasan alam sekitar agar sentiasa terpelihara.

sampah

Mentaliti masyarakat kita yang suka membuang sampah di merata tempat ini sangatlah mengecewakan kerana ini sepatutnya tidak terjadi. Adalah suatu yang memalukan kerana para pengunjung terdiri daripada orang dewasa yang sudah sepatutnya berfikiran waras dan matang.

Ini adalah sikap yang tidak bertanggungjawab sama sekali dan tidak menghargai kebebasan yang telah diberikan kerajaan.

sampah

Berikut antara komen wargamaya yang kesal dan kecewa dengan mentaliti para pengunjung yang tidak bertanggungjawab;

“Baru je bumi direhatkan sementara sebab pandemik, tangan manusia yang tak bersyukur dan tak ambil pengajaran dari COVID-19 merosakkan bumi. Makhluk manusia so selfish, kau rasa sek.sa sebab covid, tapi bumi dah lama sek.sa sebab kita”
“Macam ni punya cara nampak gaya lambat lagi la malaysia nak maju. Bodo terang-terang tulis kat pokok tu jangan buang sampah pi buang jugak”
“Dah la masuk haram takde permit pastu buang sampah merata pula tu..baguslah manusia..”

sampah

Tidak dinafikan mesti ramai berfikir adalah sangat molek jika setiap pengunjung yang tidak bertanggungjawab tersebut dapat dikenalpasti dan dikompaun serta dikerah untuk kerja-kerja membersihkan kembali tempat tersebut. Perkara paling asas dalam sudah gagal, pasti kemajuan lebih sukar dicapai.

Sampai bilakah mentaliti seperti ini harus ada pada sebilangan warga Malaysia? Di manakah kewarasan berfikir? Tidak mungkin akibat berkurung lama di rumah mentaliti sampah dipupuk subur. Sewajarnya jika sudah diuji dengan pandemik dan berkurung, insan semakin sedar dan insaf serta menghargai kebebasan. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Apakah mereka masih mengharap ujian bencana lain dari Yang Maha Melihat?

Rujukan : [Gempak] [Twitter]

Lihat Pautan Lain : Ibu Bapa Kandung Hilang, Kasihan Bayi 9 Bulan Ini

Leave a Comment