RPT Tahun 1 merupakan Rancangan Pengajaran Tahunan bagi murid Tahun 1.
RPT Tahun 1 ini penting bagi kegunaan para guru, ibu bapa dan pelajar.
Rancangan yang berbentuk jadual ini amat berguna kepada pihak tersebut kerana ia dapat memudahkan persediaan Pengajaran dan Pembelajaran bagi tahun tersebut.
Murid yang baru masuk khususnya boleh dibantu oleh ibu bapa untuk membuat rujukan awal dari segi subjek serta topik yang akan mereka pelajari nanti.
Ini dapat memudahkan kerja para guru terutamanya ketika transisi pelajar Tahun 1.
Dengan itu, RPT ini dikongsikan bagi membantu pihak yang ingin membuat persiapan awal bagi pelajar dan anak mereka.
RPT TAHUN 1 2021
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 1
RPT SAINS TAHUN 1
- Pendidikan Moral
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Seni
- Pendidikan Muzik
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Kesihatan
Struktur RPT dapat dilihat dibahagikan kepada beberapa bahagian khusus iaitu minggu, tema, standard kandungan serta standard pembelajaran (termasuk tahap penguasaan serta tafsiran bagi subjek tertentu).
Bagi mereka yang ingin membuat persiapan awal, lihat tema pada minggu selepas minggu transisi pelajar. Teliti standard kandungan serta pembelajaran yang dinyatakan dan kumpul bahan bantu belajar atau mengajar yang relevan.
Ini membolehkan anak-anak/murid/guru tahu dan bersedia untuk menempuhi sesi persekolahan bagi tahun tersebut.
Sekian, semoga perkongsian Rancangan Pengajaran Tahunan ini dapat membantu dalam persiapan musim persekolahan yang akan datang.
Lihat juga RPT bagi murid Tahun 5.