Ringkasan Bajet 2021 untuk KPM

Ringkasan Bajet 2021 bagi kerajaan Malaysia telah dikeluarkan.

Ringkasan Bajet 2021 ini penting buat semua sektor, terutamanya sektor pendidikan.

Sektor pendidikan yang merupakan antara sektor terpenting negara ini telah diberikan perhatian yang secukupnya bagi tahun 2021.

Sektor ini telah mendapat pecahan terbesar dalam balanjawan, iaitu 15.6% ataupun RM50.4 billion.

 

 

Untuk mendapatkan pekeliling atau ucapan Belanjawan 2021, sila klik link berikut.

BELANJAWAN 2021

 

Bagi sektor pendidikan, berikut adalah antara maklumat yang dapat dilihat berdasarkan pekeliling tersebut.

Daripada dokumen tersebut dapat dilihat bahawa sebahagian besar bajet pendidikan 2021 ditumpukan kepada pelaksanaan program TVET serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Perkara-perkara ini merangkumi sektor pendidikan, khususnya di dalam pendidikan.

Ringkasan lanjut bertumpukan lebih kepada naik taraf sistem pendidikan.

 

RINGKASAN LANJUT BERKAITAN PENDIDIKAN:

  • RM 120 JUTA bagi Pembangunan Infrastruktur Sekolah Luar Bandar Sabah & Sarawak, termasuk 184 projek pembinaan dan pemasangan bekalan air telaga hidup.
  • RM 5 SEBULAN bagi Pas Perjalanan Bulanan Tanpa Had, merangkumi anak-anak tahun 1 hingga 6 serta golongan OKU.
  • RM 150 JUTA (Untuk Tabung Cerdik) bagi Pemberian Komputer Riba, melibatkan 150 ribu murid di 500 buah sekolah sebagai projek rintis.
  • RM 45 JUTA bagi Memperkasa Pendidikan Khas.
  • RM 725 JUTA bagi Pembangunan Infrastruktur Sekolah Daif, termasuk menaik taraf infrastruktur 50 sekolah daif.
  • RM 800 JUTA bagi Penyelenggeraan dan Pembaikan Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.
  • RM 420 JUTA bagi Rancangan Makanan Tambahan, termasuk bekalan susu setiap hari persekolahan.

 

Tidak dinafikan bahawa kerajaan sedang mencuba yang terbaik untuk meningkatkan dan memperbaiki sistem pendidikan negara.

Bajet yang telah diperuntukkan akan digunakan sewajarnya bagi bahagian yang telah ditetapkan.

 

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan pendidikan, sila layari laman web KPM.

 

 

Lihat juga cara untuk menukar dokumen Word kepada PDF.

CARA TUKAR DOKUMEN WORD KEPADA PDF

Leave a Comment