Rindu Anak Isteri Di Singapura, Terapi Diri Dengan Bekebun

Jodoh, Terpisah Dan Rindu

Jodoh seseorang itu tiada siapa yang tahu, jauh beribu batu, atau jiran sebelah rumah, semua ditentukan oleh yang Maha Esa. Kalau boleh, memang semua orang hendakkan jodoh yang ada berhampiran, berada di dalam satu negara, tidak perlu melalui kesukaran menguruskan visa dan pasport. Apalagi setelah pandemik Covid-19 melanda, ramai pasangan berlainan negara terpisah. Tetapi, apa lagi hendak dilakukan, telah tertulis inilah ujian dari yang Maha Kuasa. Tinggal meneruskan kehidupan dengan sabar dan terus bersabar. Begitulah yang dihadapi juga oleh lelaki yang bernama Sapari Sarman.

Beliau merupakan penduduk Kampung Tuah Sheh, Tanjung Sedili yang telah terpisah hampir dua tahun dengan keluarganya di seberang tambak kerana pandemik yang melanda dunia. Namun, Sapari Sarman tidak mahu menjadikan jarak sebagai penghalang untuk membanggakan isteri dan anaknya. Beliau menghubungi mereka meredakan ke rindu an setiap hari melalui telefon.

Hampir Dua Tahun Terpisah

rindu

Sebelum ini beliau bekerja di syarikat pengangkutan di Pasir Gudang, Johor namun kemudiannya berhenti kerana syarikat tersebut berpindah ke Pahang. Pada masa yang sama beliau pula tidak dapatpulang ke pangkuan keluarga kerana sempadan kedua belah negara telah ditutup. Disebabkan itu Sapari akhirnya pulang ke kampung beliau.

Sebelum ini, dalam sebulan mereka akan bertemu tiga atau empat kali. Isterinya akan memasuki Malaysia setiap minggu ataupun beliau yang akan pulang ke Singapura untuk melihat anak isterinya. Beliau berkata memang sedih kerana hampir dua tahun tidak bertemu dengan keluarga.

Terapi Diri Dengan Berkebun

rindu

Beliau (berbaju merah jambu) berkata kepada Kosmo, “Bila berada di kampung, bagi saya sudah tiba masanya saya menabur bakti kepada orang kampung melalui Koperasi Wawasan Tuan Sheh Tanjung Sedili Kota Tinggi Berhad (KOTS) ini. Daripada dahulu kawasan ini agak terbiar kini Alhamdulillah telah dipenuhi dengan pelbagai tanaman.”

Apa yang penting bagi Sapari adalah hasil kerjasama bersama penduduk kampung itu dapat diperlihatkan setiap hari kepada anak isterinya. Beliau merupakan pengurus kebun seluas 4 hektar tersebut yang mempunyai pelbagai tanaman seperti keledek jepun, terung, kacang panjang dan juga nurseri yang mengusahakan ternakan lembu dan kambing.

Saban hari, Sapari akan berkongsi cerita tentang perkembangan di kebun tersebut dan keluarganya di seberang tambak merasa teruja mendengarnya.

Sememangnya ujian perpisahan dan ke rindu an itu bukan mudah apalagi setelah hampir dua tahun. Pelbagai cara diusahakan agar fokus minda dialihkan serta hati tidak menderita dalam penantian. Semoga wabak Covid-19 ini berlalu dengan segera, sempadan negara dilonggarkan dan semua yang terpisah dapat bertemu kembali.

Sumber : Kosmo

Lihat Juga Pautan : Si Cilik 4 Tahun Berjiwa Besar

Leave a Comment