Rider Bawa Anak Hantar Makanan, Nak Upah Pengasuh Kena Bayar

Pelbagai cabaran dan dugaan harus ditempuh oleh rakyat pada masa kini dalam usaha mencari rezeki dan mengurangkan kos sara hidup yang tinggi. Sanggup berpanas dan berhujan demi sesuap nasi, demi melangsungkan hidup, demi anak-anak. Ramai juga yang berhenti kerja atau diberhentikan kerja kerana syarikat yang sudah tidak dapat bertahan. Dan berapa ramai juga yang akhirnya memilih untuk bekerja sebagai rider atau penghantar makanan.

rider

Kisah seorang bapa ini yang dikongsikan oleh Rohayu Mohd. Rodzi sangat menyentuh hati tentang seorang rider Foodpanda di Pulau Pinang yang membawa bayinya di tengah panas terik menghantar pesanan makanan. Siapa yang tidak tersentuh dan sayu jika apabila melibatkan pengorbanan bapa sambil menjaga bayi. Berikut perkongsian beliau :

rider

Allahuakbar sedihnya, saya turun dari kereta terus pergi dekat si bapa dan anak. Waktu ini panas terik, anak berpeluh kepanasan, anak tiada siapa jaga, hendak hantar pengasuh pun kena bayar.

Anak dia diam sahaja, dah faham bapa dia tengah kerja cari duit. Dalam raga ada botol susu kosong. Warga Penang kalau nampak bapa dan anak ini bantulah apa yang patut.

Kalau tidak mampu bagi bantuan cukuplah sekadar doa kalian untuk menghantar pesanan pelanggan. Semoga murah rezeki abang Foodpanda.’

Perkongsian ini mendapat banyak reaksi tersentuh daripada netizen;

Ada juga yang risau bagaimana jika hujan turun,

rider

Ada yang hendak tolong menjaga anaknya dan ramai yang mendoakan urusan beliau,

rider

Memang sedih bukan, jika kita menghadapi rider dengan situasi-situasi begini, bantulah dengan apa yang kita mampu. Apa pun semoga urusan rider ini dan keluarganya dipermudahkan, dimurahkan rezeki supaya ibunya dapat menjaga anak mereka, kalau tidak pun mereka dapat membayar pegasuh untuk menjaga anak sementara mereka mencari rezeki.

Sumber : FB Rohayu Mohd. Rodzi

Lihat Juga Pautan : Pakej Bantuan Rakyat Julai-Dis 2021

Leave a Comment