Ribut Solar Hentam Bumi Malam Ini, Bakal Ganggu Sistem Komunikasi

Menurut Pejabat Meteorologi Britain dan Pentadbiran Atmosfera Negara Amerika Syarikat (NOAA), satu fenomena ribut solar dijangka melanda Bumi sekitar jam 12 tengah malam ini. Fenomena ini berpotensi menyebabkan masalah-masalah utama kepada grid elektrik.

“Ia diramal akan menyebabkan kejadian ribut geomagnetik yang kecil dan sederhana.

ribut solar

“Ribut kecil berkemungkinan berterusan hingga 12 Oktober (waktu tempatan) sebelum angin pantas dari lubang korona tiba dan mungkin meneruskan aktiviti geomagnetik yang agak aktif,” katanya.

Fenomena ribut solar ini berlaku disebabkan oleh sejenis fenomena suar matahari yang digelar Lontaran Massa Korona (CME).

Kejadian ini merupakan satu pengusiran plasma besar dari lapisan luar Matahari yang dikenali sebagai korona.

Kejadian suar matahari tersebut boleh memberi kesan kepada sistem komunikasi dengan risik0 gangguan terhadap signal radio.

ribut solar

Walau bagaimanapun, medan magnetik Bumi dapat membantu melindungi manusia daripada kesan-kesan lebih eks.trem yang disebabkan oleh fenomena tersebut.

Pejabat Meteorologi Britain bagaimanapun menasihatkan orang ramai agar tidak panik jika berlaku fenomena ini.

Sumber : Kosmo

Pautan Lain : Pemuda Sanggup Berenang Redah Banjir Demi Azan Dan Solat Di Masjid

Leave a Comment