Program TS25 Transformasi Sekolah 2025

Program TS25 adalah Program Transformasi Sekolah 2025.

Program TS25 merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Program TS25 atau Transformasi Sekolah 2025 ini merupakan initiatif untuk meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan cara;

  • menjalankan amalan terbaik dalam pelaksanaan kepimpinan serta pengurusan dan pedagodi Pengajaran dan Pembelajaran.
  • hal ini berdasarkan/selari dengan PPPM 2013-2025.

 

ELEMEN PROGRAM TS25:

  • Persekitaran
  • Pembelajaran Bermakna
  • Pengajaran Bermakna
  • Pentaksiran
  • Pedagogi
  • Dokumen Standard

 

SEKOLAH BERKUALITI PERLU…

  • Menyediakan pelan atau rancangan hal ehwal murid, kokurikulum, kurikulum, dan sebagainya. Ini adalah perlu untuk mewujudkan persekitaran sekolah (bagi pengajaran serta pengajaran) yang selesa serta positif.
  • Perkara ini boleh direalisasikan dengan bantuan masyarakat tempatan dengan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

 

KEMENJADIAN MURID ADALAH…

  • Murid yang cemerlang (berprestasi tinggi, berfikiran kritis, mampu memimpin, dan sebagainya), dilahirkan dari pendidikan di sekolah.
  • Pendidikan sekolah yang berkualiti akan melahirkan murid yang mampu menjadi pemimpin negara bagi generasi seterusnya.

 

MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25):

  • Meningkatkan potensi/keupayaan tenaga pendidik serta murid. Dilakukan dengan mengaplikasikan konsep yang berkualiti dalam sistem pengajaran serta pembelajaran.
  • Menggalakkan penglibatan semua pihak (pendidik, ibu bapa, masyarakat, dsbg), dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih teratur serta komprehensif.
  • Meningkatkan kepimpinan dan kepakaran pihak-pihak terlibat.

 

 

Secara amnya, program ini bertujuan untuk…

  1. Melahirkan guru yang kompeten dan berfikiran kritis dan tinggi.
  2. Menggalakkan penglibatan serta komitmen komuniti atau masyarakat setempat yang tinggi.
  3. Mewujudkan persekitaran pembelajaran (serta juga pengajaran) sekolah yang positif dan menyeronokkan.
  4. Memastikan kepimpinan yang dilakukan adalah sentiasa berkualiti.

 

Sekian, semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.

 

 

Lihat juga TARIKH RASMI PERMOHONAN DAN SEMAKAN EG-TUKAR.

Leave a Comment