Pesara Kerajaan Lesap RM 418,000 Kerana Tuan Chong

Akibat percayakan penipuan seorang yang menyamar sebagai wakil syarikat insurans pada bulan lepas akhirnya pesara kerajaan berusia lingkungan 60-an hilang sejumlah RM418,000. Bukan tidak ada kempen tentang penipuan jena yah telekomunikasi seperti Macau Scam diwar-warkan sebelum ini, tetapi masih ada lagi yang terpedaya.

Mang sa dihubungi seseorang yang menyamar sebagai wakil syarikat insurans pada bulan lalu dan mendakwa tuntutannya sebanyak RM48,000 sudah diluluskan dan dibayar ke akaun bank tempatan miliknya. Walhal pesara itu tidak pernah membuat apa-apa tuntutan.

[Kena Baca : Bantuan Khas Covid Dibayar 3 Kali Sebelum 2022]

Tuan Chong Beraksi

Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat, pesara kerajaan tersebut menafikan pernah membuat tuntutan tersebut dan memiliki akaun bank seperti yang dinyatakan scammer semasa panggilan telefon. Scammer kemudiannya memindahkan panggilan itu kepada seorang individu lain dipercayai menyamar sebagai anggota polis.

pesara

“Individu terbabit kononnya ingin membuat semakan identiti mangsa dan meminta mendedahkan semua butiran akaun bank yang dimiliki mangsa seperti nombor akaun, nombor kad mesin juruwang automatik (ATM) serta baki akaun,” kata Datuk Shafien menerusi satu kenyataan media semalam.

“Individu terbabit kononnya ingin membuat semakan identiti mangsa dan meminta mendedahkan semua butiran akaun bank yang dimiliki mangsa seperti nombor akaun, nombor kad mesin juruwang automatik (ATM) serta baki akaun.

Bagi memudahkan ‘siasatan’ dan mengelakkan ditangkap, Tuan Chong mengarahkan pesara tersebut memindahkan semua wang yang dimilikinya ke satu akaun bank yang dibuka di sini, jelas beliau lagi.

Pesara Kerajaan Berputih Mata

Pesara tersebut hanya sedar beliau ditipu selepas ke cawangan bank dan memeriksa baki akaun pada pagi 30 Ogos lalu dan mendapati wang sebanyak RM418,000 sudah dipindah keluar ke akaun bank milik pihak ketiga tanpa pengetahuan dan kebenaran beliau.

Kasihan sungguh. Hilang hasil kerja keras hampir setengah juta ringgit.

Setelah itu, beliau lantas membuat laporan polis dan kes kini masih dalam siasatan kerana kesalahan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebat serta boleh juga dikenakan denda.

Kempen Kesedaran Macau Scam Sudah Sering Dibuat, Masih Ada Yang Tertipu

Datuk Syafien juga memaklumkan bahawa penipuan jenayah telekomunikasi seperti Macau Scam sering mendapat liputan meluas di media massa dan media sosial. Bagaimanapun, masih ada individu dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang yang terpedaya.

pesara

“Taktik yang digunakan suspek sentiasa bertukar seperti sebelum ini kerap menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihak mahkamah, polis dan terkini wakil insurans,” ujar beliau lagi.

45 Kes Tahun 2021, Jumlah Kerugian RM 1.5 juta

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, sepanjang tempoh sejak 1 Januari lalu hingga semalam, sebanyak 45 kes Macau Scam disiasat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan membabitkan jumlah kerugian RM1.5 juta.

Angka itu menunjukkan penurunan berbanding tempoh 8 bulan yang sama pada tahun 2020 dengan catatan 95 kes dan jumlah kerugian RM4.1 juta. Namun pihak polis ingin mengingatkan agar masyarakat lebih berwaspada supaya tidak menjadi mangsa yang seterusnya.

Muat Turun Aplikasi ‘Check Scammers CCID’

pesara

Beliau menyatakan, “Antara langkah yang boleh diambil untuk memastikan diri tidak menjadi mang sa kepada kes ini ialah memuat turun secara percuma aplikasi telefon pintar ‘Check Scammers CCID’ untuk membuat semakan nombor akaun bank dan nombor telefon yang digunakansama ada pernah terbabit dalam kes jenayah komersil.”

Demikian kisah tentang pesara yang telah tertipu. Diharapkan masyarakat lebih cakna akan kempen elak penipuan yang dilakukan pihak berkuasa di media dari masa ke semasa.

Bijaklah sebelum percaya. Elaklah dari dianiaya.

Sumber : [Metro]

Lihat Pautan : Dalang Kartel Penipuan Projek Kerajaan Berdepan Huku man Penjara 483 Tahun

Leave a Comment