VIDEO Pertemuan Mengharukan Ibu Dan Anak Yang Telah Terpisah 70 Tahun

Kisah pertemuan seorang lelaki bersama ibunya yang telah terpisah sejak 70 tahun ini sangat mengharukan dan mengingatkan kita kepada kisah Nabi Yusuf ‘alaihissalam yang terpisah dengan kedua ibu bapanya sejak kecil. Lelaki yang bernama Abdul Kuddus Munsi, 82, telah terpisah dengan ibunya sejak beliau berusia 10 tahun ini sangat bertuah kerana masih lagi sempat bertemu dengan keramat hidupnya iaitu ibu kandungnya sendiri yang kini telah berusia.

Menurut perkongsian video oleh Instagram Ilmfeed ini menunjukkan pertemuan yang begitu mengharukan antara ibu dan anak yang berlaku di Bangladesh. Abdul Kuddus Munsi pada waktu kecil telah dihantar untuk tingal bersama bapa saudaranya namun beliau telah diculik setelah melarikan diri.

Setelah 70 tahun, seorang ahli perniagaan membantu Munsi melakukan pencarian di media sosial. Munsi meminta bantuan ahli perniagaan tersebut untuk mencari ibu bapanya. Munsi cuma dapat mengingati nama mereka dan nama kampungnya.

Dengan maklumat yang ada, kerabat jauh yang melihat hantaran di media sosial tersebut, dia memaklumkan bahawa ibunya yang berusia 100 tahun masih lagi hidup. Munsi yang juga seorang bapa yang sudah tua kepada 8 orang anak berkelana sejauh 200 batu untuk bertemu ibu kandungnya.

Akhirnya, perpisahan tragis 70 tahun berakhir dengan pertemuan yang begitu mengharukan dengan disaksikan ramai orang kampung di situ. Munsi berkata, “Ibu saya sudah sangat tua dan dia tidak dapat berbual dengan sempurna. Dia menangis setelah melihat saya dan menggenggam tangan saya.”

“Saya memberitahu dia bahawa anakmu ini telah kembali dan ibu tidak perlu risau lagi tentang apa-apa daripada sekarang..Ini adalah hari paling gembira dalam hidup saya”, ujar beliau lagi.

Walaupun tidak dapat berkata-kata, ibu Munsi mengenali beliau melalui tanda lahir di tangannya. Mereka lalu menangis bersama disaksikan ratusan orang tempatan yang datang untuk melihat pertemuan yang indah itu.

Video pertemuan mengharukan tersebut boleh dilihat di sini :

Sumber : [IG Ilmfeed]

Pautan Lain : VIDEO Pekerja Dari Mesir Men1nggal Dunia Semasa Sujud Dalam Solat

Leave a Comment