Permohonan UPU Online SESI 2021/2022

Permohonan UPU bagi tahun 2021/2022 telah dibuka.

Permohonan UPU ini boleh diisi oleh pelajar lepasan spm, matrikulasi, diploma, dsbg.

Bagi tahun 2021, permohonan ini telah dibuka bermula 4 Januari 2021, jam 12 P.M.
Oleh kerana sistem pendidikan telah terjejas dan penilaian yang digunakan adalah berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, konsep permohonan kali ini telah dikemaskini bersesuaian dengan ketetapan yang ada.

CARA UNTUK MEMOHON pada tahun ini adalah berbeza kerana perubahan yang telah berkuatkuasa.
Disini disertakan langkah-langkah untuk memohon UPU tahun 2021.

 

 

LANGKAH MEMOHON:
Pertama sekali, anda perlu membeli nombor UnikID secara dalam talian atau di bank (BSN)

Kemudian, anda perlu mengakses portal yang betul.
PORTAL UPU ONLINE

Lihat ketegori kelayakan anda dan pohon berdasarkan kategori tersebut.

Lihat kelayakan yang boleh dipohon pada ruangan yang diberikan. Pastikan anda memilih pilihan yang betul.
Isikan butiran yang diperlukan dan hantar borang permohonan.

Cetak borang permohonan anda sebagai bukti dan rujukan.

MAKLUMAT TAMBAHAN:

  • Kelayakan memohon berdasarkan keputusan peperiksaan yang diminta.
  • Lihat e-Panduan.
  • Kira merit anda (SPM/STPM/STAM/ASASI/MATRIKULASI/DIPLOMA DAN SETARAF).

 


-Kemaskini tanpa had!

 

Berikut merupakan perincian (tarikh permohonan dan kelulusan) sistem UPU Online bagi tahun 2020/2021.

Pelajar Lepasan SPM:
-21 MAC 2021 (12 P.M.) hingga 31 MAC 2021 (5 P.M.)
-Memohon menggunakan keputusan PERCUBAAN SPM (jika ada)

Pelajar Lepasan STPM/STAM/MATRIKULASI/ASASI:
-16 MAC 2021 (12 P.M.) hingga 31 MAC 2021 (5 P.M.)
-STAM (Keputusan peperiksaan percubaan; Jika ada)
-STPM (Keputusan peperiksaan terbaik; sehingga semester 2)
-ASASI/MATRIKULASI (Keputusan peperiksaan Semester 1)

Pelajar Lepasan DIPLOMA & SETARAF:
-Sebaik sahaja mendapat keputusan dan membeli nombor UnikID di BSN

 

Sekian, semoga perkongsian kali ini dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang terlibat.

 

Lihat juga Jadual SPM bagi tahun ini (Batch 2020).

SPM SCHEDULE (2020)

Leave a Comment